Ahmad Maslan mohon gugur tuduhan gubah wang haram, peguam negara tolak

Ahmad Maslan mohon gugur tuduhan gubah wang haram, peguam negara tolak

Jabatan Peguam Negara menolak permohonan Ahmad Maslan untuk tidak meneruskan pendakwaan terhadap beliau atas dua tuduhan pengubahan RM2 juta yang dikatakan diberi oleh Najib Razak .

Timbalan Pendakwa Raya Siti Noor Hafizan Zakaria memberitahu Hakim Mahkamah Sesyen Ahmad Kamar Jamaludin, pihaknya menolak permohonan Ahli Parlimen Pontian itu yang difaikan untuk kali ketiga pada 5 Okt lalu.

Beliau memohon mahkamah untuk menetapkan perbicaraan kes itu tahun depan memandangkan pengawai penyiasat dan seorang lagi pendakwa raya kini menjalani kuarantin sebagai langkah pencegahan Covid-19.

Mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan Ahmad selama sembilan hari bermula 5 Julai.

Januari lalu, Ahmad yang juga Setiausaha Agung Umno, mengaku tidak salah dan meminta dibicarakan ata tuduhan gagal mengistiharkan RM2 juta dalam penyata cukai pendapatan 2013 dan memberikan keterangan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau dituduh memberitahu pegawai SPRM Mohd Zairi Zainal bahawa dia tidak menerima cek RM2 juta daripada Najib. Ahmad juga menafikan melihat cek itu atau menunaikannya.

Beliau dituduh di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/12/18/peguam-negara-tolak-permohonan-ahmad-maslan-untuk-gugur-tuduhan-pengubahan-wang-rm2-juta/

COMMENTS