Ahmad Maslan cadang mengundi diwajibkan, denda pengundi tak tunai tanggungjawab

Ahmad Maslan cadang mengundi diwajibkan, denda pengundi tak tunai tanggungjawab.Kerajaan disarankan supaya meminda perlembagaan bagi mewajibkan semua individu yang layak mengundi untuk keluar menjalankan tanggungjawab mereka pada pilihan raya.

Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ketika ini sebanyak 22 negara telah mewajibkan rakyat mereka untuk keluar mengundi, termasuk di Singapura dan Thailand.

Justeru bagi meningkatkan peratusan keluar mengundi, Ahmad mencadangkan agar kerajaan boleh mengenakan penalti atau denda kepada pemilih yang tidak berbuat demikian.

“Kenapa saya katakan kita perlu pinda perlembagaan dan wajibkan rakyat Malaysia mengundi… lima tahun sekali (pilihan raya umum), tak pergi mengundi, apa ke bendanya ini… bukan sebulan sekali,” katanya ketika membahaskan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat pada Khamis.

Ahmad

Mengambil contoh peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Ahmad berkata hanya12.2 juta atau 82.32 peratus individu yang layak sahaja keluar mengundi pada ketika itu.

“14.9 juta pengundi (yang berdaftar), yang keluar cuma 12.2 juta… 2.7 juta (lagi) tidur ke? Mereka tak keluar mengundi walaupun lima tahun sekali,” jelas beliau.
Selain itu, beliau menambah peratusan keluar mengundi melibatkan beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK) juga berada di bawah 50 peratus.

“PRK Balakong peratusan keluar mengundi ialah 43 peratus; PRK Seri Setia (44 pertus); PRK Sungai Kandis (49.4 peratus) serta PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada 2009 hanya 46 peratus.

“Di Port Dickson, (keluar mengundi) 58.2 peratus sahaja.

“Mereka yang tak keluar (mengundi) ini kenakan denda. Contohnya, RM100, RM200, atau mereka tak boleh memperbaharui lesen memandu dan lain-lain,” katanya.

Cadangan Ahmad untuk mewajidkan keluar mengundi turut mendapat sokongan Datuk Seri Mujahid Yusof (PH-Parit Buntar).

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ahmad-maslan-saran-wajibkan-keluar-mengundi-kenakan-denda-322709

BACA: Guru tak akan terbeban dengan kaedah penggiliran ke sekolah, kata Menteri

CATEGORIES