Penjawat awam menjadi mangsa lepas geram isu kelulusan arak

Penjawat awam menjadi mangsa lepas geram isu kelulusan arak

Kita tulis nak tegur. Takmau terima takpa la. Tapi janganlah nampak sangat kewalakan mahupun kewalaauntit tanpa belah bahagi tu. Gunalah akal yang Allah bagi untuk fikir. Takde ruginya mengaku salah dan terima teguran. Kata kerajaan. Punya lah sensitif mengalahkan orang sakit senggugut.

Nak jawab sikit je. Duk bagi alasan lantikan ksu isu luluskan operasi arak tu adalah lantikan zaman PH. Jadi dikatanya hamba Allah tu pandap la, orang suruhan PH la. Naya ke dia.

Sepatutnya bila dah jadi kerajaan, antum kena hargai para penjawat awam yang dilantik, tak kiralah zaman mana pun yang lantik mereka. Fikir dan bertindak pun biarlah macam orang kerajaan. Para penjawat awam ni hanya menjalankan tugas, serve government of the day, tak kiralah sama ada parti kerajaan tu tu menang pilihanraya mahupun parti yang tak menang pilihanraya macam antum.

Kalau nak kira analogi antum bahawa ksu yang luluskan operasi arak tu orang suruhan PH sebab dia dilantik zaman PH, so macam mana pula kes KSN yang ‘terlupa’ nak jemput negeri-negeri pembangkang dalam meeting khas dgn Muhyiddin haritu? Itu kan KSN lantikan zaman PH. Jadi adakah antum nak kata KSN ni bersekongkol dengan negeri-negeri pembangkang untuk melupakan dirinya dari menjemput negeri-negeri pembangkang?

Ish. Cuba bawak bertenang dan bincang elok-elok dalam group whatsapp sebelum bagi alasan semabuk ketum begini