Ahli Parlimen Singapura letak jawatan kerana didapati berbohong

Parti Pekerja (WP) Singapura mengumumkan peletakan jawatan Raeesah Khan dari parti itu dan juga sebagai Ahli Parlimen (MP).

Menurut parti pembangkang itu, Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) telah mengadakan mesyuarat pada 8 malam, 30 Nov untuk membincangkan dan memutuskan syor Jawatankuasa Tatatertib yang telah dibentuk pada 2 Nov bagi menyiasat berkaitan kehadiran Khan di Parlimen.

Dilaporkan Khan pada 1 Nov mengakui berbohong di Parlimen pada sidang terdahulu mengenai butiran kes serangan seksual yang didakwanya disalah urus oleh polis.

Ahli Parlimen Singapura letak jawatan kerana didapati berbohong

Raeesah Khan memaklumkan kepada setiausaha agung WP dan juga Ketua Pembangkang Pritam Singh hasratnya untuk meletak jawatan pada petang Selasa, Menurut WP. (Gambar Facebook)

Menurut WP pada 4.30 petang Selasa, Khan memaklumkan kepada setiausaha agung WP dan juga Ketua Pembangkang Pritam Singh hasratnya untuk meletak jawatan.

“Beliau kemudian menghadiri mesyuarat CEC pada 8 malam dan menyampaikan secara peribadi hasratnya itu,” kata WP menerusi kemas kini Facebooknya pada lewat Selasa.

Khan, 27, Ahli Parlimen termuda di Singapura, mewakili perwakilan kumpulan (GRC) Sengkang untuk kawasan Compassvale .

Beliau adalah seorang daripada empat ahli parti yang bertanding di bawah tiket GRC Sengkang bersama Jamus Lim, He Ting Ru dan Louis Chua pada semasa Pilihan Raya Umum Julai 2020.

Khan turut memuat naik surat peletakan jawatannya sebagai Ahli Parlimen di akaun Facebooknya yang ditujukan kepada Speaker Parlimen Tan Chuan-Jin.

BACA JUGA : Senjata ala “Terminator” bakal lenyapkan umat manusia
Markah buruk bagi Rina, Siti Zailah untuk kad laporan 100 hari

CATEGORIES