Ahli parlimen Pulai rasmi besi penutup longkang, ini respon tuan badan

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat, menyifatkan kritikan pembangkang yang mempersendakan gambarnya merasmikan besi penutup longkang

Di sebuah sekolah di kawasan Pulai sebagai tidak wajar dan menunjukkan ketidakfahaman terhadap konteks sebenar.

Suhaizan menjelaskan bahawa beliau memenuhi undangan daripada sekolah kebangsaan di kawasan Pulai tersebut

untuk meninjau bantuan yang disalurkan melalui Projek Mesra Rakyat (PMR) yang dibiayai oleh Pejabat Ahli Parlimen Pulai.

Menurutnya, sekolah kebangsaan itu telah memohon bantuan kerana longkang di premis tersebut tidak mempunyai besi penutup,

Ahli parlimen Pulai rasmi besi penutup longkang, ini respon tuan badan

yang menyebabkan pelajar berisiko jatuh ke dalam longkang dan mengancam keselamatan mereka.

“Berikutan isu keselamatan murid, penutup longkang bagi semua empat blok sekolah tersebut telah dibekalkan melalui bantuan peruntukan PMR dari Pejabat Parlimen Pulai.

“Sekolah berkenaan kemudian mengundang saya untuk meninjau bantuan besi penutup longkang yang telah disalurkan.

“Perasmian (penutup longkang) itu adalah permintaan pihak sekolah sebagai tanda terima kasih atas bantuan projek PMR dan menunjukkan bahawa mereka menghargai bantuan yang telah diberikan.

“Saya hadir untuk memenuhi permintaan sekolah, apatah lagi sebagai tetamu, adalah tidak molek untuk menghampakan harapan sekolah yang bersusah payah mengatur program tersebut,” katanya ketika dihubungi.

Semalam, Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin, atau dikenali sebagai Chegu Bard, mengkritik tindakan Suhaizan yang dianggap bersungguh-sungguh merasmikan besi penutup longkang di sekolah tersebut.