Ahli parlimen PN terus pertahan JASA

Ahli parlimen PN terus pertahan JASA

Seorang Ahli Parlimen hari ini bangkit mempertahankan kewujudan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yang dikatakan bukan berperanan sebagai ‘cybertrooper’ atau lasykar siber.

Lukanisman Awang Sauni (GPS-Sibuti) yang merupakan bekas pegawai jabatan itu berkata, sebaliknya, JASA adalah sebuah jambatan gerak saraf yang diwujudkan 40 tahun lepas bagi menyalurkan maklumat kepada kerajaan.

“Memang saya terkesan dengan komen rakan-rakan tentang JASA memandangkan JASA bukanlah cybertrooper. Saya tidak akan menjadi Ahli Parlimen sekiranya saya bekerja untuk menjadi cybertrooper ketika berada dalam JASA,”
katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan) di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata, pemansuhan JASA sebelum ini juga telah menyebabkan ramai individu berdepan kehidupan yang sukar.

“Ada yang menjadi pembancuh simen, ada juga saya jumpa rakan-rakan JASA di Parlimen yang bekerja sebagai tukang hidang minuman sedangkan mereka mempunyai ijazah. Ada juga pegawai JASA yang menghampiri tugas 15 tahun telah diberhentikan sedangkan mereka hanya tinggal beberapa minggu saja lagi untuk mendapatkan pekerjaan tetap dalam sektor kerajaan,” katanya.

Berita penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/jasa-bukan-cybertrooper-ahli-parlimen-269009

COMMENTS