Ahli Parlimen PN persoal kerajaan kenapa cepat sangat ‘move on’ selepas lamaran MoU ditolak

Oleh AHMAD SULAIMAN

Seorang Ahli Parlimen pembangkang menyatakan bahawa kerajaan sepatutnya mengadakan pertemuan dengan wakil Perikatan Nasional (PN)

selepas draf cadangan memorandum persefahaman (MoU) berkaitan peruntukan wakil rakyat ditolak pada September lalu.

Ahli Parlimen Ketereh, Khlir Mohd Nor, berkata rundingan tidak sepatutnya dihentikan seperti yang diumumkan semalam

oleh Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof, yang mewakili kerajaan dalam perbincangan dengan pihak pembangkang.

Menurut wakil rakyat Bersatu itu, penutupan rundingan hanya menunjukkan sikap tidak ‘ikhlas’

Ahli Parlimen PN persoal kerajaan kenapa cepat sangat 'move on' selepas lamaran MoU ditolak

kerajaan dalam membantu rakyat di negeri pembangkang yang juga ‘membayar cukai.’

“Kalau kerajaan ikhlas, mengapa tidak panggil untuk berbincang? Mereka mahu perbincangan namun dengan syarat MoU, mana boleh macam itu?

“Tiada perjumpaan pun (selepas PN tolak draf). Asyik menyalahkan wakil kita,” katanya kepada FMT,

sambil menambah bahawa ketiadaan peruntukan mungkin menyukarkan mereka untuk memberikan bantuan pada musim tengkujuh yang akan datang.

Semalam, Fadillah menyatakan bahawa pintu rundingan mengenai MoU berkaitan peruntukan untuk pembangkang ‘sudah ditutup’ berikutan keputusan PN untuk menolaknya sebelum ini.

BACA: 4 fitnah ini punca Mufti Perlis saman pengguna Facebook RM10 juta