Ahli Parlimen Hulu Langat serah 100 set PPE untuk kegunaan frontliners

Ahli Parlimen Hulu Langat serah 100 set PPE untuk kegunaan frontliners

Saya mendengar dan meneliti ucapan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah mengenai kekurangan PPE.

KKM hanya boleh menampung untuk keperluan itu hanya untuk 2 minggu sahaja lagi?

Selaku Ahli Parlimen P101 Hulu Langat, saya menganggap itu urusan Kerajaan Malaysia dan sudah tentu YB Menteri Kesihatan dan Timbalan-Timbalannya mampu mengurus isu kritikal itu dengan baik.

Saya dan Urusetia Pusat Khidmat Rakyat P101 Hulu Langat hanya akan menumpukan perhatian kepada urusan orang awam yang kehilangan pekerjaan/pendapatan; sehingga tidak berasap dapor mereka.

Tetapi selepas saya mendengar aduan dan keluhan yang sama dari hospital, Pusat Kesihatan, para doktor dan jururawat di seluruh negara mengenai isu ini, saya mengambil inisiatif turut serta mencari dan membekalkan PPE untuk disumbangkan kepada Jabatan Kesihatan Daerah Hulu Langat.

Pagi ini sahaja, saya telah menyerah 100 set PPE kepada Pengarah Jabatan tersebut, Dr Zaliliza Suli di pejabat beliau.

Beliau menyambut baik kehadiran kami dan mengharapkan ada lagi sumbangan PPE untuk pasukan mereka berhadapan dengan bahaya COVID19 yang sedang melanda negara.

Nyawa dan keselamatan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia adalah tanggungjawab rakyat rupanya akhir-akhir ini.

Kita perlu bangkit beramai-ramai membantu mereka.

#RahmatanLilAlamin
#RajaDijulangRakyatDitatang
#KhadamDuniaPersilatanMelayu

PPE BUAT PETUGAS JABATAN KESIHATAN HULU LANGAT16 April 2020Saya mendengar dan meneliti ucapan Ketua Pengarah…

Posted by Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus on Thursday, April 16, 2020

HASANUDDIN MOHD YUNUS
Ahli Parlimen
P101 Hulu Langat

Naib Presiden
Parti AMANAH Negara