Ahli Parlimen bertumbuk masa tengah bahas usul dalam dewan, sampai kena masuk ICU

Oleh INFORAKYAT

Ahli Parlimen bertumbuk masa tengah bahas usul dalam dewan, sampai kena masuk ICU. Seorang ahli parlimen pembangkang terpaksa dimasukkan ke hospital pada Selasa lalu selepas berlaku pergaduhan dan adegan tumbuk menumbuk sewaktu sidang bajet 2023 Turkiye berlangsung, lapor Balkan Insight.

Berpuluh-puluh ahli parlimen dilihat bertelagah dan salah seorangnya, Huseyin Ors yang merupakan seorang ahli parlimen muda dari parti pembangkang Good Party telah ditumbuk oleh ahli parti pemerintah.

Huseyin yang mengalami masalah jantung telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di hospital.

“Ia adalah hari yang menyedihkan bagi pihak Perhimpunan Kebangsaan Besar Turkiye dan hari memalukan bagi mereka yang melakukan serangan itu,” kata jurucakap Good Party, Kursad Zorlu.

Huseyin juga dilaporkan mengalami kecederaan di kepala dan keningnya juga telah terbelah berikutan dipukul oleh seorang ahli parlimen yang memakai cincin ketika serangan tersebut.

Ahli Parlimen bertumbuk masa tengah bahas usul dalam dewan, sampai kena masuk ICU

Seorang lagi Ahli Parlimen Good Party, Aylin Cesur yang juga merupakan seorang doktor perubatan berkata bahawa Huseyin berada dalam keadaan kritikal.

“Rawatannya diteruskan di unit rawatan rapi kerana keadaannya yang mengancam nyawa. Saya harap peristiwa seperti itu tidak akan berulang,” kata Aylin Cesur kepada saluran berita dalam talian Turkiye T24.

Perbalahan dan serangan lisan bukan perkara luar biasa di parlimen Turkiye tetapi kekecohan pada hari Selasa lalu adalah sangat luar biasa.

“Saya mengutuk serangan ke atas Ahli Parlimen Trabzon kami, Huseyin Ors. Serangan yang dibuat ke atas wakil negara akan memburukkan nama negara sahaja,” tulis Bugra Kavuncu, ketua cawangan Good Party di Twitter miliknya.

Disebabkan kekecohan di parlimen, semua sesi digantung oleh timbalan speaker dewan, Haydar Akar, ahli pembangkang utama Parti Rakyat Republikan, CHP yang mempengerusikan perbahasan pada Selasa lalu.

BACA:

Netizen gesa Anthony tukar vendor pelekat Road Tax, “baru buka dah terkoyak”

Mahkamah Rayuan putuskan undang-undang kunci tayar tidak sah

Anda tak layak masuk karier politik jika ada 6 tanda ini