Ahli kumpulan Hijjaz dedah balu Suhaimi Saad bakal berkahwin 8 november

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Balu kepada penyanyi nasyid Allahyarham Suhaimi Saad, Ina Naim, didakwa bakal bernikah pada 8 November depan dengan lelaki pilihannya yang dikenali sebagai Mohd K.

Kisah perkahwinan kali kedua Ina ini telah hangat diperkatakan di laman media sosial

sejak beberapa minggu lalu, namun ia dinafikan oleh ibu tunggal tersebut.

Ahli kumpulan Hijjaz, Isman Nadim, yang sebelum ini dituduh bakal berkahwin dengan Ina

Beliau meluahkan rasa lega kerana bukan dirinya yang terlibat dan tiada kaitan dengan perancangan perkahwinan itu.

Ahli kumpulan Hijjaz dedah balu Suhaimi Saad bakal berkahwin 8 november

Isman turut mendedahkan bahawa Ina memberitahunya bakal suami itu merupakan orang biasa dan bukan daripada kalangan selebriti.

“Saya ada menghubungi Ina dan bertanya kepadanya. Memang dia mengakui kepada saya bahawa akan berkahwin pada awal November depan, tetapi tarikhnya tidak dimaklumkan. Itu sahaja yang saya diberitahu oleh Ina mengenainya,” kata Isman.

Dia menambah, jika benar Ina bakal mendirikan rumah tangga sekali lagi, dia mendoakan agar ibu tunggal itu serta anak-anaknya menjalani kehidupan yang bahagia di dunia dan akhirat.

BACA: Selepas New Zealand, Khairul Aming dijemput jelajah Oman 8 hari 7 malam