Ahli Kimia dedah rahsia cara cuci buah, sayuran dari racun yang betul

Oleh INFORAKYAT

Ahli Kimia dedah rahsia cara cuci buah, sayuran dari racun yang betul. Buah dan sayur di pasaran mesti dicuci bersih bagi membuang sisa racun. Ada yang menggunakan garam, cuka selain hanya membersihkannya dengan air paip sahaja.

Namun, ahli kimia, Dr Che Puteh Osman berpendapat penggunaan soda bikarbonat adalah kaedah lebih baik untuk membersihkan sisa racun daripada buah dan sayuran.

Caranya, campur satu sudu soda bikarbonat dalam satu liter air, dan rendam buah atau sayur yang dibeli selama 12 minit sebelum bilas sehingga bersih.

Buah dan sayuran yang dikatakan ditanam organik pun elok cuci dengan sebaiknya.

Sudah ada kajian bahawa sayur organik yang di tanam di salah satu Tanah Tinggi di negara ini mengandungi sedikit sisa racun. Mana datangnya? Meresap dari tanah ladang bukan organik.

Ahli Kimia dedah rahsia cara cuci buah, sayuran dari racun yang betul

BACA:

Ustaz Kazim derita sihir, kini KKM pula masuk campur

Kunjungan Maza dan Rozaimi, laungan ‘Tolak Wahabi’ bergema di Kelantan

Spekulasi rombakan kabinet bertiup kencang, lebih ramai menteri Umno