‘Ah palat betul company melayu kita ni!’, Gaji tak setimpal pencapaian, boss kereta mewah bersusun, Les Copaque kena kecam lagi?
Beberapa hari yang lalu, sebuah syarikat animasi terkenal menjadi bahan bualan warga maya
Gara-gara satu podcast yang diterbitkan pihak mereka telah mencetuskan kemarahan dalam kalangan netizen.
Dikecam hebat netizen, syarikat animasi tersebut sekali lagi menjadi tumpuan gara-gara tawaran gaji yang dianggap tidak bermaruah dan terlalu sedikit, tidak setaraf dengan kerja yang ditawarkan.
Dalam satu tangkap layar yang dimuat naik individu itu, gaji yang ditawarkan syarikat berkenaan adalah pada kadar RM2,000 sehingga RM2,500 bagi jawatan Animator, Environment Technical Artist, Storyboard Artist, VFX Artist dan juga Compositor.
Manakala taraf pendidikan untuk pemohon adalah Ijazah atau setaraf.
Syarikat animasi
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengkritik syarikat berkenaan yang didakwa tidak berperikemanusiaan sementelah mereka terpalit dengan isu ‘mengumpat’ staff sendiri di media sosial.
CEO kereta Maserati Ferrari bagai tapi gaji cuma RM2,000-RM2,500. P*lat betul company Melayu kita ni.
Gaji 2k-2.5k while boss tukar kereta mewah?
Netizen juga dilihat mengungkit pengasas syarikat itu yang sebelum ini membuat penjelasan mengenai isu tersebut dengan memuat naik foto kereta-kereta mewah yang dimilikinya.
“Buntang mata tengok gaji. Harap tak ada yang apply. Yang staf ada pun harap resign je. Biar berkubur terus” ujar netizen yang lain.
BACA:
Rupanya ini punca Pas perlahan-lahan tinggalkan Bersatu dan mula sokong Tun M