Agong kurnia watikah 4 duta baharu, ramai tanya mana Tajuddin

Agong kurnia watikah 4 duta baharu ramai tanya mana Tajuddin

Agong kurnia watikah 4 duta baharu, ramai tanya mana Tajuddin. Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengurniakan watikah pelantikan kepada empat ketua perwakilan Malaysia ke luar negara, di Istana Negara di sini, hari ini.

Turut berangkat ke istiadat itu, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Ketua Perwakilan Malaysia ke luar negara yang baharu dilantik ialah Duta Besar Malaysia ke Korea Selatan, Datuk Lim Juay Jin; Duta Besar Malaysia ke Jepun, Shahril Effendi Abd Ghany; Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah dan Duta Besar Malaysia ke Iran, Khairi Omar.

Hadir sama, Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaffar dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Amran Mohamed Zin.

Agong kurnia watikah 4 duta baharu, ramai tanya mana Tajuddin

BACA:

Senarai filem dari keluarga SKOP, ‘juta-juta semua ni’

‘Khemah jemaah Haji Malaysia terima pujian, tinggalkan lebih bersih dari asal

Rupanya dah 15 tahun minyak masak subsidi dijual di Thailand

CATEGORIES