Agamawan hanya membisu lihat rasuah politik diamalkan sebebasnya dalam negara

Agamawan hanya membisu lihat rasuah politik diamalkan sebebasnya dalam negara

“Semua manusia berada dalam keadaan mati kecuali mereka yang mempunyai ilmu.
Dan semua yang mempunyai ilmu berada dalam keadaan tidur kecuali mereka beramal dengannya.
Semua yang beramal soleh pula tertipu kecuali mereka yang ikhlas.
Dan mereka yang ikhlas itu sentiasa berada dan keadaan bimbang..”

[Imam Asy-Syafi’e]

Sempitnya dada dan sesaknya nafas yang bukan kepalang dirasai apabila memikirkan betapa punah kembali keadaan negara kita sekarang. Segala usaha reformasi terhadap institusi2 kerajaan yang sepatutnya ditadbir urus dengan profesional dan telus mengikut peraturan dan undang2, habis ke laut dicampaknya dalam tempoh 3 bulan kerajaan PN merampas kuasa. Dan segala-galanya ini berlaku dibawah batang hidung kita dan para agamawan sekalian yang telah rosak deria mereka.

Kita kini seolah-olahnya kembali ke era ketika Najib dan Umno berkuasa dahulu, khususnya sejak berita skandal 1MDB meletup pada Julai 2015 hinggalah ke saat mereka ditumbangkan pada 9 Mei 2018. Selama 3 tahun sebahagian besar dari kalangan kita yang benci kepada amalan rasuah, salahguna kuasa dan penipuan telah melalui kehidupan cemas bagaikan menaiki sebuah roller-coaster melihat segala pembohongan demi pembohongan dan manipulasi serta eksploitasi rejim pemerintahan tersebut yang tidak henti2 cuba mengelabui mata rakyat bagi mewajarkan hak mereka memerintah negara ini sampai kiamat.

Kemudian selepas mereka digulingkan oleh kuasa rakyat pada 9 Mei 2018, selama 22 bulan kita sempat rasa lega sikit menyaksikan usaha2 reformasi berjalan. Namun, kita diganggu pula oleh suara2 sumbang hantu pelesit yang mengeruhkan suasana dengan retorik2 sentimen perkauman dan agama oleh mereka yang telah kecundang bagi mengumpan dan memprovokasi kaum bukan Melayu supaya mereka akan melatah untuk dipersalahkan bagi segala-galanya.

Ini semua dibiarkan berlaku sebebas-bebasnya tanpa kawalan oleh Menteri KDN pada waktu itu hingga cemas dan gelisah seluruh negara dengan hiruk pikuk ini. Sepatutnya keadaan ini boleh dikawal jika Menteri berkenaan bertindak tegas tanpa memilih bulu ke atas semua pihak yang menimbulkan ketegangan sosial ini. Malangnya ini tidak berlaku. Anehnya dia kini disanjung pula dan diraikan oleh para agamawan sebagai hero bangsa dan agama.

Tetapi apa yang tidak boleh dinafikan dalam tempoh 22 bulan tersebut ialah rakyat boleh menarik nafas lega dan tidur lena kerana masalah rasuah dan ketirisan wang negara ditangani dengan baik. Kebimbangan terhadap wang kita dicuri oleh menteri2 dan para kroni mereka tidak lagi menghantui kita sementara usaha reformasi ke atas institusi2 kerajaan dijalankan dengan bersungguh-sungguh. Pegawai2 kerajaan dikejutkan dengan satu budaya baru di mana Menteri2 tidak lagi masuk campur dalam urusan tadbir kementerian untuk mempengaruhi keputusan2 yang dijalankan mengikut peraturan2 yang baik dan telus.

Kini, semua ini sudah lenyap. Hidup kembali gelisah dengan berbagai-bagai karenah ketidak-adilan dan salahguna kuasa secara diktatorial atas tujuan politik bagi mempertahankan kuasa yang diperolehi secara tidak bermoral. Bahkan Parlimen pun dinafikan fungsinya serta tindak-tanduk SPRM mula kelihatan pelik dan amat disangsi.

Syarikat2 besar dan kaya milik kerajaan (GLC) dan beberapa agensi kerajaan yang merupakan lubuk duit sekarang dijawat oleh ahli2 parlimen yang bercakap persis orang mabuk. Tahap kecerdasan mentaliti mereka lebih kurang sama dengan seorang ADUN di Melaka yang bangga dengan pencapaiannya sebagai johan penembak babi. Semua ini dilakukan oleh seorang PM yang kelihatan wara’ mengikut plot “the scheme of things” yang lahir dari ilhamnya. Ia terang2 merupakan amalan rasuah politik dan sogokan yang menyalahi undang2.

Apa yang pasti, budaya politik jijik yang tidak bertebing kini kembali menghantui kita dengan restu para agamawan. Pengkhianatan dan ketidak-adilan telah dihalalkan oleh agama. Islam telah mendapat definasi dan takrifan yang baru.

Terima kasih dan syabas diucapkan kepada para agamawan sekalian atas sumbangan anda yang tidak ternilai ini kepada umat. Teruskan membisu terhadap ketidak-adilan. Bahkan, turut sertalah mengimarahkannya jika ada peluang. Tidurlah dengan selesa dan lena.

Berita penuh:

https://www.facebook.com/notes/manan-razali/tidurlah-dengan-lena-wahai-para-agamawan-sekalian/10223215847841820/

COMMENTS