Afiqah Ishak buka mulut selepas didakwa jadi punca perceraian Azri dan Ellie Suriaty

Oleh INFORAKYAT

Afiqah Ishak buka mulut selepas didakwa jadi punca perceraian Azri dan Ellie Suriaty. Pelakon Afiqah Ishak tampil memberi penjelasan terhadap komen-komen netizen yang mendakwa dirinya sebagai punca perceraian pasangan selebriti Azri Iskandar dan Ellie Suriaty.

“Saya kenal Abang Azri di set penggambaran dan sebelum itu saya memang tidak pernah kenal dia.

“Dia ada beritahu saya yang saya dan dia dah berkawan di Facebook selama dua tahun, tetapi kami tidak pernah tukar nombor atau hubungi antara satu dengan lain.

“Kemudian, ada orang hantar screenshot yang menunjukkan artikel mendakwa abang Azri sudah ada pengganti. Kenapa eh saya yang kena?

“Apabila baca komen, ramai yang kata saya merupakan punca abang Azri bercerai.

Afiqah Ishak buka mulut selepas didakwa jadi punca perceraian Azri dan Ellie Suriaty

“Saya hairan kenapa saya tiba-tiba terpalit dengan kisah orang?” katanya menerusi temu bual bersama HLive semalam.

Dalam pada itu, Afiqah turut menjelaskan mengenai gambar yang diambil bersama Azri.

“Sebenarnya, gambar itu abang Azri yang ambil, sebagai prop. Nampak macam saya pegang telefon, tetapi sebenarnya dia yang ambil gambar.

“Jadi, saya buat cover report dahulu supaya SKMM boleh turunkan posting-posting berkenaan saya yang dimuat naik.”

BACA:

Amber Heard tak mahu bayar saman AS$10 Juta kepada Johnny Depp

Sime Darby umum 57 unit berharga RM2 Juta berjaya dijual dalam sehari

Tebus baucer RM400 Shopee tahun 2022 sekarang