Adun Kota Tampan dapat sokongan 30 ADUN jadi MB Perak

Adun Kota Tampan dapat sokongan 30 ADUN jadi MB Perak

Bilangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak yang menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad sebagai calon Menteri Besar Perak yang baharu kini sudah mencecah 30 orang.

Daripada jumlah itu, kesemua 25 ADUN mewakili UMNO dikatakan sudah menandatangani SD.

Keputusan itu dikatakan diketahui dalam mesyuarat UMNO Perak petang tadi.

Ini bermakna sokongan kepada ADUN Kota Tampan sudah boleh membolehkan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sudah boleh membentuk kerajaan namun bilangan lebih stabil masih diperlukan.

Sebelum itu, Saarani pada sebelah pagi dalam kenyataannya berkata, apa jua keputusan parti berhubung penubuhan kerajaan negeri perlu mengambil kira kepentingan rakyat.- MalaysiaGazette

Berita penuh : https://malaysiagazette.com/2020/12/06/saarani-sudah-dapat-sokongan-30-adun-jadi-mb-perak/

COMMENTS