Dalam satu wawancara podcast bersama Sinar, Adlin telah menarik perhatian netizen
apabila dia berkongsi kisah perjalanan hidupnya dalam industri seni.
Antara yang mencuri tumpuan dalam sesi tersebut adalah kisah ibunya, Ruminah Sidek, atau lebih dikenali sebagai Mak Mah.
Adlin mendedahkan bahawa sepanjang hidup ibunya, Mak Mah telah melalui lima perkahwinan.
“Mak saya sepanjang hidup dia, sampai sekarang, dia melalui perkahwinan yang kelima,” ujar Adlin sambil berseloroh.
Gelaran “Black Widow”
Adlin turut mendedahkan bahawa anak-anak memberikan gelaran “Black Widow” kepada Mak Mah kerana perjalanan perkahwinannya.
“Mak memang ‘black widow’, kaki ‘reset’. Dia menikah, suami meninggal. Menikah lagi, meninggal lagi. Begitulah perjalanan hidup dia,” kata Adlin.
Mak Mah sendiri tahu mengenai gelaran tersebut dan menerimanya dengan baik.
“Kalau buat biografi mak memang meletup. Kami anak-anak panggil dia ‘black widow’. Sekarang ni dah perkahwinan kelima,” katanya sambil bergurau.
Adlin juga menjelaskan bahawa dia dan ibunya mempunyai sikap yang hampir sama, di mana mereka sukar untuk menasihati satu sama lain.
“Mak aku macam aku juga, kami tak boleh nasihat sesama sendiri. Kalau mak nak nasihatkan aku, aku suruh dia relax. Sama juga kalau aku nak nasihatkan mak, dia lebih kurang macam aku juga,” tambah Adlin.
Perkongsian Adlin mengenai ibunya ini menunjukkan hubungan yang erat serta penuh dengan keunikan antara mereka, selain menggambarkan perjalanan hidup Mak Mah yang penuh warna.
BACA: Peranan Dr Akmal dikurangkan dalam PRK Mahkota demi undi kaum cina, sekali ini respon Ahmad Maslan