Adik Tuan Guru Nik Aziz meninggal dunia. Dukacita dimaklumkan pada hari Isnin, 26 Ramadhan 1444 / 17 April 2023,
Tuan Guru Hj Nik Razi bin Nik Mat telah kembali ke rahmatullah setelah diuji dengan sakit terlantar hampir 4 bulan.
Allah lebih menyayangi Tuan Guru
إنا لله وإنا إليه راجعون
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا
نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ
UPDATE : Solah jenazah lepas asar di masjid Pulau Melaka
Tuan Guru Nik Razi Nik Mat, adik bongsu kepada bekas Menteri Besar Kelantan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz dilaporkan meninggal dunia hari ini.
Perkara tersebut dimaklumkan melalui Facebook Pas Kelantan.
Nik Razi dikatakan menghembuskan nafas terakhir selepas empat bulan terlantar sakit.
“Dukacita dimaklumkan pada hari Isnin, 26 Ramadhan 1444 / 17 April 2023, Tuan Guru Haji Nik Razi bin Nik Mat telah kembali ke rahmatullah setelah diuji dengan sakit terlantar hampir empat bulan.
“Allah lebih menyayangi Tuan Guru,” tulis hantaran di Facebook Pas Kelantan.
26 Ramadhan 1444, yg barakah, sedih mendapat berita pemergian guruku, pada 1980an, insan berjiwa murabbi, sabar menyantuni telatah kami anak-anak muda yang nakal pada ketika itu. Kami akan merindui kelembutan dan senyum ramahnya.
Takziah kepada seluruh famili Tuan Guru Nik Razi b Nik Mat (adik bongsu TG Nik Abd Aziz Nik Mat)
Kami bersaksi beliau seorang murabbi dan dai’ yang terbaik. Moga Allah menerima segala jasa dan amalnya.
Ya Rab ampuni dan rahmatilah beliau.
انا لله وانا اليه راجعون
أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ
وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ
“Ya Allah. Engkau berilah keampunan baginya, dan limpahkan rahmat kepadanya, dan selamatkan dia dan dan maafkan kesalahannya.
Engkau muliakan kedudukannya, dan luaskan tempat tinggalnya, dan sucikan dia dgn air, salji dan air yang sejuk.
Engkau bersihkannya daripada kekotoran dosa sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran. Dan gantikan rumahnya dgn rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik.
Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab neraka.”
BACa:
Kenapa buah-buahan dari Thailand selalu ada tak kira musim, rupanya ini rahsia mereka
Pengaruh Pas dan Bersatu kian merudum, ini 8 punca buat ramai tak percaya dengan Perikatan Nasional