Ramai ndividu yang menjadi mangsa penderaan pastinya mampu menggugah perasaan sesiapa sahaja,
lebih-lebih lagi jika ia melibatkan ahli keluarga sendiri.
Begitu juga yang dialami oleh seorang wanita yang meluahkan kesedihan di media sosial
kerana tidak dapat membantu kakaknya yang sedang menderita akibat penderaan emosi oleh suami.
Dia berharap agar penderitaan kakaknya berakhir dan berdoa agar perkahwinan mereka berakhir dengan perceraian.
“Adakah aku jahat jika aku doakan supaya kakak aku dan suaminya bercerai?
Bukan sebab aku suka suami dia atau ingin mengambil kesempatan, tapi kerana lelaki itu sangat baran dan boleh dikategorikan sebagai berpenyakit mental,” luahnya dengan penuh kesedihan.
Menurut wanita tersebut, dia tinggal bersama kakaknya selepas kedua-dua ibu bapa mereka meninggal dunia, dan mereka hanya berdua sahaja.
Kakaknya seorang suri rumah manakala suaminya berniaga, namun jika perniagaannya tidak berjalan dengan baik, dia akan pulang dengan kemarahan yang meluap-luap dan memarahi kakaknya.
“Kadang-kadang kakak aku pergi juga tolong suaminya, tapi dia dimaki dan diperlakukan dengan hinaan. Sebagai adik, apa yang saya rasa bila mendengar semua itu?” katanya dengan hati yang berat.
Lebih memilukan lagi, wanita ini terpaksa melihat kakaknya merayu kepadanya untuk membayar yuran persekolahan anak-anak mereka. Wanita ini juga meluahkan rasa kecewa kerana suami kakaknya sering mengabaikan tanggungjawab seperti membayar
yuran tadika anak-anak, bil utiliti, dan tidak menjaga rumah yang mereka diami, yang merupakan peninggalan ibu bapa mereka yang telah meninggal.
Luahan ini mendapat perhatian ramai di media sosial, di mana banyak pihak memberi cadangan agar wanita tersebut mengumpulkan bukti bagi memudahkan proses perceraian.
Sebahagian warga maya juga menyarankan agar laporan polis dibuat jika berlaku kekerasan fizikal, serta merekodkan segala kejadian dengan pergi ke klinik untuk mendapatkan bukti kecederaan.
“Kalau semua ditanggung oleh kakak dan kamu, kenapa tak halau saja dia keluar? Kumpulkan bukti kerana mahkamah syariah atau pejabat agama biasanya cenderung memihak kepada lelaki.
Jika ada kekerasan fizikal, catatkan segala bukti itu. Kalau saya di tempat kamu, saya pun akan buat perkara yang sama,” antara komen-komen yang diberikan oleh netizen.
BACA: Allahyarham S Atan beri pesanan kepada isterinya selepas pemergiannya buat ramai terkejut