“Adik sering luah mahu pulang ke kampung jaga ayah”

“Adik sering luah mahu pulang ke kampung jaga ayah”. Keluarga kepada seorang jurutera yang ditemui meninggal dunia di sebuah rumah, selepas insiden memecahkan cermin Masjid Taman Scientex, Pasir Gudang, di Johor memaklumkan menyedari perubahan sikap yang ketara sejak dua minggu lalu.

Ayu Megawati Mohd Said, kakak kepada Muhammad Sufian berkata, adiknya juga pernah meluahkan hasrat ingin berhenti kerja dan pulang ke kampung untuk menjaga ayahnya yang menghidap penyakit lelah yang kronik.

Katanya, adik bongsunya itu bertugas di Johor sejak tiga tahun lepas dan tidak pernah berkelakuan agresif sebelum ini namun, akhir-akhir ini kerap menyatakan hasratnya untuk pulang ke kampung.

"Adik sering luah mahu pulang ke kampung jaga ayah"

Dalam kejadian Ahad lepas, jurutera kimia itu ditemui maut dengan kesan kecederaan pada pergelangan tangan serta kaki kanan di rumah sewanya dan sebelum itu dikatakan mengamuk di Masjid Taman Scientex apabila mendapati pintu masjid ditutup selepas waktu Isyak. (Gambar Facebook)

“Rutin kami adik-beradik membuat panggilan video secara berkumpulan selepas maghrib dan arwah akan menamatkan perbualan apabila masuk waktu azan isyak, tetapi sejak dua minggu kebelakangan ini arwah berbual lebih lama berbanding sebelumnya,” katanya menurut laporan Bernama.

Ayu yang turut tinggal berdekatan dengan Sufian di Pasir Gudang berkata, pada Sabtu lalu adiknya itu beberapa kali mendesak serta mengajak pulang ke kampung, bagaimanapun dia meminta Sufian bersabar hingga Ahad bagi menguruskan dokumen rentas negeri.

“Namun, perancangan itu tidak tercapai apabila saya menerima panggilan kira-kira pukul 4 pagi dan dimaklumkan kejadian yang berlaku,” katanya.

Beliau berkata, jenazah Muhammad Sufian telah selamat dikebumikan pada 9 malam kelmarin di Tanah Perkuburan Islam Pulau Kuda, Kuala Berang, Terengganu.

Dalam kejadian Ahad lepas, jurutera kimia itu ditemui maut dengan kesan kecederaan pada pergelangan tangan serta kaki kanan di rumah sewanya dan sebelum itu dikatakan mengamuk di Masjid Taman Scientex apabila mendapati pintu masjid ditutup selepas waktu Isyak.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/09/09/kes-pecah-pintu-cermin-masjid-keluarga-sedar-perubahan-sikap-sejak-2-minggu/

BACA JUGA : Panas !!! TV Korea jadikan azan sebagai ‘lagu’ pembukaan pertandingan Kpop

CATEGORIES