“Adik sepupu boleh datang dan duduk atas pinggang suami, peluk suami, sekali bila suami aku tegur, reaksi dia buat aku koyak”
Saya tak pasti mereka tak tahu atau sengaja buat tak tahu tentang batasan antara sepupu.
Memang suami dan sepupu perempuannya akrab sejak dari kecil. Tapi itu dulu.
Saya terkejut bila adik sepupu tiba-tiba datang dan terus peIuk suami. Mungkin pada diorang tu hanya hubungan biasa seperti adik dan abang.
Salam tolong sembunyikan identiti saya. Saya nak kongsikan satu kisah, yang terjadi minggu lepas. Masih segar dan baru lagi saya terasa, sukar untuk dilupakan. Tentang suami dan adik sepupunya, mungkin mereka tak tahu atau sengaja buat tidak tahu tentang batasan antara abang dan adik sepupu perempuannya. Sememangnya mereka akrab sejak kecil, itu tidak dapat dinafikan. Tapi itu dulu..
Selepas majlis tahliI, (ada kematian) semasa kami suami isteri duduk berdua selepas majlis (suami baring bersama anak) untuk tidurkan anak kami, adik sepupu yang usia menginjak 20-an boleh datang dan duduk atas pinggang suami, peIuk suami, dan tidur atas punggvng suami.
Mungkin pada dia tu perkara biasa, seperti hubungan adik dan abang tapi pada saya, perbuatan tu meIampaui batas apatah lagi saya ni seorang isteri, seorang ibu kepada anak suami saya, duduk tercongok depan suami. Suami menolak, suruh dia turun tapi kata adik sepupu dia “masa kecik dulu boleh sambil terus memeIuk suami saya.
Boleh bayangkan perasaan saya sebagai isteri ketika itu? Saya pura-pura tak melihat, saya terkedu, tak terkeluar sepatah perkataan pun dari bibir saya. Tapi hati saya koyak melihat adegan terlebih gula antara mereka. Saya bukan tua sangat pun baru 25 tahun, jadi saya memang tak boleh nak tahan rasa em0si ketika tu.
Bapa mertua datang datang dan duduk berdekatan saya, saya dapat rasa dia nampak situasi tadi dan dia juga tak suka untuk menonton aksi sumbang, dan dia semestinya faham keadaan saya yang memang kecewa dan sangat marah ketika tu tapi seboleh-bolehnya saya sembunyikan.
Sebab ini bukan kali pertama terjadi, sudah terulang. Adik sepupunya daring and manja yang berlebihan. Pada saya tak sesuai ianya terjadi dalam budaya dan agama Islam. Saya dah pesan pada suami, tolong elakkan dari berlaku perkara yang sama berulang kali.
Tolong jaga batas, tolong jaga kelakuan, tolong hindarkan dari terlalu mesra walau sebaik dan sesayang mana pun dia pada adik sepupu. Saya boleh maafkan kekurangan yang lain, tetapi bukan melibatkan perempuan waima seorang sepupu.
Aurat tetap aurat, batas tetap perlu dijaga, sedangkan dia sudah meningkat dewasa. Ada nafsu, ada keinginan, takkan tak boleh nak fikir dan faham? Apa rasanya kalau situasi yang sama terjadi antara saya dan sepupu laki-laki saya? Adakah dia begitu terbuka untuk biarkan ia terjadi di depan mata dia?
Takkan dia tak tergugat kalau orang yang bukan muhrim menyentuh pasangan sesuka hati, berbuat apa saja sesedap rasa?? Lepas pada tu, saya terus bangun dan tinggalkan mereka. Terserah mereka nak buat apa saja. Hati saya sakit.
Saya ambil kunci kereta dan minta izin pada mertua untuk beransur pulang. Kebetulan kami datang secara berasingan.. Hati yang Iuka ni, aircond pun tak mampu sejukkan hati saya ketika itu tapi saya tak menangis dan usaha sedaya upaya control em0si saya walau hakik4tnya r3muk redam sungguh hati ni.
Untuk suami, nampaknya awak tak simpan dalam ingatan setiap pesanan saya sebelum ni. Awak tetap tak mampu meletakkan perasaan saya yang paling utama, dan biarkan lagi perkara yang sama berulang ulang kali terjadi (setiap kali sepupu pulang ke kampung). Yelah kan, “benda” free siapa yang nak tolak, dah orang bagi ambil sajalah.
Tak perlu mintak maaf lagi selepas ni, sebab sememangnya awak memang tak pernah mampu untuk menolak kehendak orang, terlalu menjaga hati orang lain sehinggakan hati saya dibiarkan tercalar berkali-kali kerana perkara yang sama, sehinggakan bila mendapat perkabaran dia akan pulang ke kampung, saya akan rasa fobia.
Jadi pesanan untuk semua, jadilah orang yang ada RASA MALU, kerana MALU ITU PERISAI ORANG YANG BERIMAN. Tolonglah horm4ti perasaan orang lain walau siapa pun dia dan sensitif lah tentang adab dan pergauIan, bukan semua orang terbiasa dengan budaya bebas macam ni, lebih – lebih lagi untuk orang seperti saya yang sememangya berasal dari kampung.
Thank you admin, tolong doakan Iuka di hati saya sembuh segera. Walaupun saya tahu, ia akan mengambil masa yang terlalu lama untuk baik atau mungkin kekal berp4rut sampai bila-bila.
Komen Warganet :
Izzatie Zulkefli : Tegur la benda yang salah. Jangan pendam, berdakwah la. Cakap tentang aur4t dan batas kita sebagai Islam.. Benda ni pun dakwah sebenarnya. Sound tu bunyi kasar. Tapi perlu bila dia buat d0sa depan kita. Mana boleh tengok je..
Lindasham Property : Suami dan pak mertua tau tentang hal ini, suami pun ada usaha tolak dan pak mertua aware hal tu. Jadi rasanya boleh berbincang secara berdepan elok-elok antara sis, suami, perempuan tu dan pak mertua. Kalau susah nak tegur, masa solat jemaah buat la tazkirah tentang hukum aurat sesame sepupu. Tegur dan bincang adalah cara yang terbaik.. Tarik rambut jangan putvs tepung pun tak selerak.. Good luck ye..
Ida Ibrahim : Luahan tt ni nampak tt seorang yang tenang. Susun atur ayat yang sangat beradab dan bersopan. Kepada suami tt hargailah tt. Tak perlu sampai tt jadi macam singa pon. Si suami perlu faham dan ubah pendirian, bertegaslah sebab kau tu lelaki. Asal sedap kau bedal je payah la cam tu. Tabah la tt ye, semoga tt kuat.
Cik Anor Eyma : Tt begitu menjaga air muka dan maru4h suami sampai tak mampu menjerkah atau menegur perbuatan mereka masa tu.. Rasa hormat kepada mertua menyebabkan tt memend4m rasa dan mngambil keputvsan untuk beransur pergi.
Sebagai isteri, tipulah kalau tak terIuka.. Sebaiknya sis mngambil peluang ni untuk merawat hati juga memberi pengajaran kepada suami agar memikirkan kesilapannya. Semoga tt terus tabah meneruskan kehidupan demi anak dan diri sndiri..
Zam CT Zam : Lelaki mulut kata tak nak, tapi dalam hati lebih dari tu dia nak. Bagus punya prinsip. Jaga hati sepupu supaya tak kecik hati.. Tapi tak jaga hubungan dengan Allah, Kenapa dah nampak diam je, ko jeritlah kuat-kuat biar satu rumah dengar.
Pastu ko ceramah tentang aurat dan batas-batas pergaulan, Diorang nak kecik hati ke marah ke biar. Kena tegakkan benda betul, kalau diam buat sakit hati sendiri buat apa. Depan ko dia berani buat belakang??? Sebagai isteri ko ada hak untuk menegur apa yang berlaku depan mata. Kena tegas dan jangan asyik mengeluh, ia tak selesaikan masalah pun.
BACA:
Artis terkenal muka ‘innocent’ kantoi ketagih video lucah di media sosial, rupanya ini orangnya..