Adegan peluk ‘ghairah’ Aiman dan Diana dikecam, “dua2 laki bini orang”

Adegan peluk ghairah Aiman dan Diana dikecam dua2 laki bini orang

Adegan peluk ‘ghairah’ Aiman dan Diana dikecam, “dua2 laki bini orang”. Selepas dua bulan ditayangkan, drama siri She Was Pretty gandingan pelakon Aiman Hakim Ridza dan Diana Danielle tiba-tiba mengundang kritikan segelintir penonton.

Drama ditayangkan secara penstriman di platform Viu itu dikatakan terdapat beberapa babak kurang senang untuk ditonton yang dijayakan oleh kedua-dua pelakon tersebut.

Menerusi aplikasi TikTok, seorang pengguna @bakarburn22 mempersoalkan aksi romantis siri yang diarahkan Datuk Yusry Abdul Halim itu dengan membandingkan babak lakonan aktor Zul Ariffin dalam drama lain.

Drama kesukaan rakyat Malaysia?

@bakarburn22 mendakwa berdasarkan pemerhatiannya, drama adaptasi dari Korea Selatan itu mungkin lebih terbuka kerana ditayang secara ‘online’, berbanding di stesen televisyen yang mempunyai garis panduan ditetapkan.

Adegan peluk 'ghairah' Aiman dan Diana dikecam, "dua2 laki bini orang"

“Aku dah perhatikan yang share kat sini… Sebab:Viu boleh lepas adegan ini.. Cuma tunggu scene cium dalam drama2 Viu akan datang,” tulisnya.

Menurut @bakarburn22, Zul sebelum ini sering dikecam kerana membawa watak yang membabitkan babak berpelukan, jadi mengapa lakonan Aiman dan Diana tidak menerima kritikan sama?

Mereka berpelukan atas katil boleh?

@bakarburn22 Kalau Zul Ariffin berlakon drama ni mesti ramai dah kutuk dia… Aiman hakim yg dah berbini sedap peluk dgn isteri org dlm drama ni… Apa nak jadi dgn drama sekarang? Kalau tak peluk tak popular drama tu?? #aimanhakimridza #aimanhakim #dianadanielle #shewaspretty #shewasprettymalaysia #shewasprettymy #faridkamil #zahirahmacwilson #fattahamin #fattahamin #fazura #neelofa #fyp #viralvideo #dramamelayu #viral #tiktok ♬ original sound – Woods

“Kalau Zul Ariffin berlakon drama ni mesti ramai dah kutuk dia… Aiman Hakim yang dah berbini sedap peluk dengan isteri orang dalam drama ni…

“Apa nak jadi dengan drama sekarang? Kalau tak peluk tak popular drama tu??,” soalnya.

‘Hebat’ drama Melayu sekarang!

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut kurang bersetuju dengan babak mesra dipamerkan Aiman dan Diana apatah lagi masing-masing sudah mendirikan rumah tangga.

Namun begitu, terdapat juga segelintir netizen menganggap aksi itu adalah perkara biasa bagi pelakon untuk mewujudkan keserasian sekali gus jalan cerita berjaya difahami oleh penonton.

@bakarburn22 #aimanhakim #dianadanielle #aimanhakimridza #shewaspretty #shewasprettymalaysia #shewasprettymy #faridkamil #zahirahmacwilson #fattahamin #zulariffin #fazura #neelofaharis #viralvideo #dramamelayu #tiktokmalaysia #tiktok ♬ original sound – Woods

Bukan dari dulu ke drama macam ni?

Masing2 ada isteri, ada suami

Drama lain takde sentuh, elok je ada ‘feel’

Kalau sentuh baru ‘real’?

Risau tengok artis2 tak jaga batas

Tu la lumrah anak seni…

Peluk je bukan cium

Filem lama dulu lagi teruk babak mesra

Selain kedua-dua pelakon terbabit, siri 16 episod itu turut dibintangi Alvin Chong, Daniella Sya, Yasmin Hani dan ramai lagi yang disiarkan setiap Khamis menerusi platform penstriman tersebut.

BACA:

Peserta Dewi Remaja kena kutuk kaw-kaw, “muka macam lelaki pun ada..”

Orang ramai teruja tengok Tok Kadi hensem, “pengantin perempuan senyum pula..”

Netizen puji Alha Alfa make-up ratu diva, “sebijik Elfira Loy!”

CATEGORIES