Adam Corrie luah perasaan, ‘asal jahat sahaja mesti saya’

Adam Corrie luah perasaan, ‘asal jahat sahaja mesti saya’

Adam Corrie luah perasaan, ‘asal jahat sahaja mesti saya’. BERGELAR selebriti versatil pastinya menjadi impian semua anak seni, tidak kiralah buat pelakon mahupun penyanyi.

Perkara sama turut diakui aktor aksi terkenal, Adam Corrie, 54. Lama berkecimpung dalam dunia lakonan dan tarian, lelaki yang mesra dibahasakan Corrie sering mahu lari daripada watak antagonis. Perasaan tersebut semakin membuak-buak dalam jiwanya.

Sejak bergelumang dalam dunia hiburan tanah air, hampir 90 peratus karakter lakonannya adalah watak jahat.

Ketua gengster, kaki pukul dan mafia, sebut sahaja semua karakter jahat, pasti sudah dilakonkan pemilik nama penuh Adam Corrie Lee Abdullah.

Ikuti temu bual bersama pelakon yang popular menerusi watak Dragon dalam filem KL Gangster ketika ditemui pada majlis pelancaran telefilem Bangkitkan AKu Kembali di ibu negara baru-baru ini.

Sama seperti pelakon lain, saya juga ada keinginan untuk memegang watak lelaki baik. Asal jahat saja mesti saya.

Kadang-kadang persepsi umum bila lihat saya seperti memang orang jahatlah.

Sepanjang bergelar pelakon sejak lebih dua dekad, ada atau tidak karakter yang anda belum cuba?

Adam Corrie luah perasaan, 'asal jahat sahaja mesti saya'

Kerap sangat berlakon jadi orang jahat, pastilah mempunyai keinginan untuk berlakon watak-watak yang baik seperti bapa, suami atau sebagai seorang ustaz.

Biar orang nampak saya dengan watak berbeza. Saya pun banyak buat forum di masjid, surau dan universiti. Saya nak sangat bawa watak sebegitu untuk tunjukkan kepada orang ramai bahawa saya mampu lakukannya. Bukan tak terlalu memilih watak, kalau boleh berikan saya kepercayaan untuk bawakan watak lain dengan baik dan insya-Allah, khaklayak akan terima.

WATAK Dragon dalam filem KL Gangster sangat melekat dengan nama Adam Corrie.

Sebagai seorang yang mempunyai latar belakang dalam bidang tarian, adakah anda akan menerima tawaran untuk melakonkan watak sebagai guru tari sekiranya ditawarkan?

Setakat ini masih belum pernah terlibat dalam mana-mana drama atau filem berkaitan tarian. Memang nak tetapi perlu melihat daripada pelbagai perspektif lain.

Saya seorang lelaki dan tidak boleh mengajar wanita menari, itu yang akan menjadi isu. Jika ada tawaran yang bersesuaian, saya tak akan tolak, skil tarian pun masih hebat cuma stamina agak kurang kerana sudah lama tidak menari.

Jadi, adakah anda tidak pernah melupakan bidang tarian walaupun selepas berhijrah?

Tidak sesekali melupakannya. Jika anda nak tahu, setiap kali saya mendengar lagu, kaki rasa menggigil nak menari. Insya-Allah jika saya dapat watak sebagai koreografer atau penari, bolehlah lepas geram. Nak larilah daripada watak gengster.

BACA:

Pembantu khas menteri mula hukuman penjara 2 tahun hari ini

Kecoh ahli politik curang dengan isteri, keluar dengan artis terkenal pula

CATEGORIES