Adakan ‘pertemuan’ dengan KP SPRM di Genting Highland, KP Kastam perjelas kisah sebenar

Oleh DAHLIA MARZUKI

“Sehubungan itu, JKDM ingin membuat penafian terhadap tohmahan yang dikeluarkan

oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin, berkata persidangan yang berlangsung itu adalah

Persidangan Integriti JKDM Se-Malaysia 2024, anjuran Cawangan Integriti, yang diadakan di sebuah hotel di Genting Highlands sejak semalam dan akan berakhir esok.

Menurut beliau, persidangan ini telah menjadi acara tahunan untuk warga Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)

Adakan 'pertemuan' dengan KP SPRM di Genting Highland, KP Kastam perjelas kisah sebenar

sejak tahun 2017, bertujuan untuk memperkukuhkan integriti dalam kalangan kakitangan agensi tersebut.

Beliau menjelaskan bahawa objektif utama persidangan ini adalah untuk memupuk budaya integriti dalam kalangan warga JKDM, agar dapat dilaksanakan dalam tugasan harian mereka, serta sebagai platform untuk menyampaikan maklumat dan berkongsi amalan terbaik dalam memperkukuhkan budaya integriti.

Terdahulu, tular satu hantaran di sebuah halaman aplikasi Telegram yang secara ringkas menyatakan bahawa KPK dan pengarah JKDM mengadakan pertemuan dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, di Genting Highlands, Pahang.

Walau bagaimanapun, pemilik akaun tersebut tidak menjelaskan dengan terperinci konteks di sebalik hantaran ringkas itu, yang telah dilihat oleh lebih 31,000 pengguna setakat ini.

Anis Rizana berharap penjelasan ini dapat mengelakkan orang awam daripada membuat spekulasi yang tidak berasas serta menyebarkan maklumat palsu.

“Sebagai agensi pemungut hasil negara, yang menyediakan fasilitasi perdagangan dan menguatkuasakan undang-undang, JKDM tetap komited untuk memastikan integriti menjadi teras dalam setiap aspek perkhidmatan kami,” katanya lagi.

Beliau menambah bahawa JKDM juga sentiasa berusaha untuk menangani penyebaran sebarang bentuk surat, e-mel, berita, atau kenyataan palsu yang dikeluarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

BACA: ‘Tanda dah akhir zaman semakin dekat’, Padang pasir Arab Saudi pertama kali dalam sejarah bersalji