Adakah Hadi turut bimbang jika MCA menang di kerusi DAP?

Adakah Hadi turut bimbang jika MCA menang di kerusi DAP?

DS Abdul Hadi menulis akan kebimbangan bahawa keputusan Pilihanraya Umum 2018 memihak kepada majoriti Non Muslim dalam Pakatan Harapan.

Kemenangan calon calon non Muslim adalah melalui pilihanraya dan mereka menang di kawasan majoriti non Muslim mengalahkan calon-calon non Muslim daripada parti kerajaan sebelumnya iaitu Barisan Nasional seperti MCA, MIC dan Gerakan.

Tidak ada satu pun calon calon non Muslim daripada Pakatan Harapan memenangi kerusi yang ditandingi oleh calon Muslim.

Bahkan terdapat calon-calon Muslim Pakatan Harapan berjaya memenangi kerusi yang ditandingi calon non Muslim daripada Barisan Nasional.

Contohnya Parlimen Kuantan yang dimenangi calon PKR, Fuziah Saleh yang mengalahkan calon calon MCA (BN). Begitu juga Parlimen Tanjung Piai, calon Pakatan Harapan Dr Mohamed Farid Md Rafik berjaya menewaskan calon MCA (BN) Wee Jeck Seng.

Adakah Abdul Hadi akan menyuarakan kebimbangan yang sama jika majoriti calon non Muslim yang menang itu daripada MCA dan MIC yang hari ini bekerjasama dengan mereka?

Tindakan Abdul Hadi mempertikaikan kemenangan calon calon non Muslim melalui pilihanraya menunjukkan sikap beliau yang tidak menghormati proses demokrasi

BIRO POLITIK Parti Amanah Negara (AMANAH)

COMMENTS