Adakah Annuar Musa mula ‘U-Turn’, tidak lagi pro Bersatu?

Adakah Annuar Musa mula ‘U-Turn’, tidak lagi pro Bersatu?

Pemimpin Parti Bersatu yang masih baharu dan belum faham dengan politik, lebih baik diam daripada menunjukkan sikap ghairah dalam soal dalaman UMNO.

Bekas Setiausaha Agung BN, Annuar Musa menyifatkan desakan dari pemimpin Bersatu agar UMNO mendedahkan isi perbincangan dalam mesyuarat di Janda Baik, Pahang Jumaat lalu, sebagai tidak perlu.

“Ada pulak ahli MT Bersatu meminta UMNO mengumumkan keputusan rasmi mesyuarat MKT UMNO di Janda Baik beberapa hari lalu.

“Saya merasakan tidak perlu bagi Bersatu terlalu ghairah dengan soal dalaman UMNO, apa lagi bagi mereka yang masih baharu. Mereka belum faham cara politik UMNO. Elok mereka diam.

“MKT UMNO ada kebijaksanaan yang tersendiri. Ia mempunyai tradisi serta pengalaman melalui pelbagai situasi politik. Saya percaya itulah yang sedang berlaku,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Semalam, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Dr. Muhammad Faiz Na’aman dilaporkan berkata, UMNO perlu mendedahkan keputusan rasmi mesyuarat MKT parti itu yang diadakan pada Jumaat lalu di Janda Baik, Pahang.

Katanya, perkara itu penting untuk mereka merancang kempen sama ada secara bersama atau berasingan bagi menghadapi PRU akan datang.

Menurut Annuar, mungkin sepinya mesyuarat di gunung (Janda Baik) tempoh hari meresahkan banyak pihak, termasuk dalam kalangan ahli parti itu sendiri.

Namun, kata beliau, untuk memahami cara UMNO meskipun tiada kenyataan rasmi, deafening silence itu boleh kedengaran dengan jelas di mana-mana.

“Berilah ruang UMNO menguruskan sendiri masalahnya itu. UMNO mampu mencari titik penyelesaiannya sendiri.

“Tiada siapa boleh veto sesiapa dalam UMNO kerana UMNO itu milik ahlinya.

“Ahli yang menentukannya.. (harap) sabar,” kata beliau.

Berita penuh : https://shahbudindotcom.net/2021/02/23/annuar-musa-sudah-u-turn-tidak-lagi-pro-bersatu-2.html