“Ada yang berani?” -Banglo seram di Bukit Gasing dilelong RM4.4 Juta

“Ada yang berani?” -Banglo seram di Bukit Gasing dilelong RM4.4 Juta

“Ada yang berani?” -Banglo seram di Bukit Gasing dilelong RM4.4 Juta. Sebuah banglo lama yang ditinggalkan di Bukit Gasing, Selangor bakal dilelong pada harga RM4.4 juta. Banglo yang pernah tular dengan beberapa dakwaan seram ini bakal dilelong pada 13 Disember 2022 ini.

Menerusi sebuah hantaran terbaharu yang dimuat naik oleh Selangor Auction Property dengan kapsyen “He is back.. Again,” iklan lelongan ini sepertinya baharu sahaja diwar-warkan kepada umum.

Hantaran yang dimuat naik di Facebook, yang tidak sampai 24 jam semasa laporan ini ditulis sudah menarik beberapa netizen di media sosial untuk meninggalkan komen yang mendakwa bahawa rumah tersebut mempunyai beberapa kisah seram.

Sebelum ini, banglo Bukit Gasing dengan ruang parkir yang luas dan kelihatan kereta merah berhabuk yang ditinggalkan tersebut pernah tular di media sosial tahun lalu.

Pada Ogos 2021, seorang pengguna Facebook dengan nama Muhammad Ishaq pernah menceritakan sedikit sebanyak latar belakang rumah tersebut berdasarkan pengalaman beliau berkunjung ke banglo terbiar terbabit.

"Ada yang berani?" -Banglo seram di Bukit Gasing dilelong RM4.4 Juta

Menerusi perkongsian beliau, rumah terbabit dipercayai milik Raymond Goh atau panggilannya adalah Shihan Goh yang kini sudah berusia 61 tahun dan beliau menggadaikan rumah tersebut kepada bank pada 2013.

Difahamkan bahawa pemilik rumah tersebut juga adalah seorang penganut kristian yang kuat – ini berdasarkan keadaan rumah yang penuh dengan simbol salib.

Selain itu, Raymond juga adalah seorang penulis buku The Aquarian Bible Awakening Thru Cosmic Link Omnipotentology.

Antara kejadian seram yang didakwa pernah terjadi di rumah tersebut adalah tragedi di mana seorang isteri memenggal kepala suaminya disebabkan ia berlaku curang dan si isteri pula telah bertindak menggantung diri selepas dia membunuh suaminya.

Bagaimanapun, bagi Ishaq kejadian tersebut hanyalah sebuah rekaan untuk melariskan blog dan sosial media yang lain. Selain itu, tiada bukti bahawa rumah itu telah disewakan kepada pasangan suami isteri dan jika berlaku pembunuhan sekali pun, ia pasti akan mendapat liputan yang menyeluruh oleh media.

“Dengar dari jiran pun tak ada cerita cerita bunuh tu. Mungkin rumah ni orang cakap seram sebab dulu owner banyak buat bende penyembahan berkaitan spirit. Mungkin lah,” katanya.

BACA:

Selalu kongsi ‘pickup line’, Najwa Latiff akhirnya jatuh di tangan Akwa

Nak pengsan mekanik ni tengok keadaan enjin Axia tak pernah servis sejak 2019

Sharnaaz nak tampar ustazah dakwa salam artis rosak roh

CATEGORIES