Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan fasa Peralihan Monsun akan bermula pada 2
4 September 2024 di kebanyakan kawasan barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah, serta barat dan tengah Sarawak.
Keadaan ini dijangka berterusan hingga awal November 2024.
Dalam kenyataan di Facebook jabatan tersebut, mereka memaklumkan bahawa kejadian hujan lebat serta angin kencang
berpotensi menyebabkan banjir kilat, pokok tumbang, dan kerosakan pada struktur yang tidak kukuh semasa fasa ini.
“Semasa fasa Peralihan Monsun, negara akan mengalami tiupan angin lemah dari pelbagai arah.
Situasi ini boleh menggalakkan kejadian ribut petir yang biasanya membawa hujan lebat dan angin kencang dalam jangka masa yang singkat, terutama pada waktu petang dan awal malam,” kata Ketua Pengarah MetMalaysia.
Permulaan fasa ini menandakan berakhirnya Monsun Barat Daya yang bermula sejak 17 Mei 2024.
Susulan itu, MetMalaysia menasihatkan orang ramai untuk berhati-hati sepanjang tempoh ini.
“Orang ramai dinasihatkan untuk lebih berwaspada dan sentiasa peka dengan ramalan serta amaran cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia melalui laman web rasmi, aplikasi mobil myCuaca, dan media sosial rasmi Jabatan.
“Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan melalui Hotline Jabatan di 1-300-22-1638,” katanya
BACA: Presiden syarikat Yamaha cedera diserang anak sendiri, sekali ini respon geng RXZ