Ada serpihan kayu pada ‘lock’ bilik hotel, hati-hati! anda mungkin akan

Oleh AHMAD SULAIMAN

Setiap pelancong pastinya mahukan penginapan yang tenang dan selamat apabila mendaftar masuk (check in) ke sebuah hotel.

Namun kadangkala, ada sahaja kes melibatkan keselamatan pengunjung yang berlaku.

Seperti satu kes sebelum ini, sebuah keluarga meluahkan rasa terkejut selepas mendapati

seorang pengawal keselamatan telah menceroboh bilik mereka di sebuah hotel sekitar Kota Bharu, Kelantan.

Memetik Kosmo, si pelaku telah memasuki bilik berkenaan sewaktu keluarga itu berada di luar kawasan hotel.

Ada serpihan kayu pada ‘lock’ bilik hotel, hati-hati! anda mungkin akan

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang wanita dikenali sebagai Qaira (@qairadinna) berkongsi satu situasi aneh yang berlaku di dalam bilik hotel yang diinapnya.

Menurut Qaira, dia berasa pelik selepas terjumpa serpihan kayu pada bahagian dalam kunci pintu. Namun dia bersangka baik dan berfikir bahawa pihak hotel meletakkan ia kerana kunci tersebut sudah rosak.

Pun begitu, kayu tersebut dikatakan tidak membantu yang mana kunci masih tidak berfungsi.

“Mula-mula biarkan je kayu tu fikir (pihak) hotel letak sebab kunci rosak. Bila dah lock pelik kenapa mudah tanggal pulak kunci ni,” ujarnya.

Qaira kemudian bertindak mengeluarkan serpihan kayu berkenaan dan mencuba untuk mengunci semula pintu tersebut.

“Kita pun buat la eksperimen sebab pelik. Kita buang la kayu tu dan kunci semula. Okay pula susah nak tanggal. Maka pelik la kan apa tujuan letak kayu tu,” katanya.

Jelas wanita tersebut, kunci pintu itu mula berfungsi seperti biasa selepas kayu berkenaan dialihkan. Dakwanya, kunci itu akan mudah dibuka oleh orang lain dari luar sekiranya serpihan kayu masih berada di tempat yang sama.

Qaira menerusi ruangan kapsyen turut mengingatkan orang ramai untuk lebih berhati-hati dan cakna tentang keselamatan diri semasa menginap di mana-mana.

Menjengah ke ruangan komen, ada yang berpendapat situasi sebegitulah yang membuatkan orang tidak dikenali boleh masuk ke dalam bilik hotel.

“Mungkin macam ni la ada kes orang masuk masa tetamu tidur malam untuk mencuri,” kata seorang wanita.

Malah, ada yang berkata orang luar juga boleh memasuki bilik penginapan tersebut menggunakan magnet dari luar jika serpihan kayu tidak dibuang.

“Terima kasih sis bagi tahu. Ni salah satu cara orang nak masuk guna magnet. Orang dekat luar boleh buka guna magnet lock macam ni,” ujar individu berkenaan.

@qairadinnaHati hati Bila Jumpa kayu mcm ni di kunci Pintu. Tadi nak lock pintu tapi pelik tgk ada kayu. mula mula biarkan jek la kayu tu sebab fikir hotel letak sebab kunci rosak. Bila dah lock pelik kenapa mudah tanggal pulak lock ni. so.. kita pun buat la eksperimen.. hehhe sebab pelik kan. kita buang la kayu tu dan lock semula..eh.. ok pulak..susah nak tanggal. maka pelik la kan. apa tujuan letak kayu tu. bila kita test baru paham.. bila letak kayu .. lock tidak berfungsi dgn baik dan lock akan mudah bukak walaupun dari luar. Maka paham la kita kenapa diorg letak ni.. Hati Hati ye.. kalau duk hotel chek chek la..

♬ original sound – Mak Ngah

Sementara itu, ada juga yang berkongsi bahawa sesetengah pengembara membawa kunci pintu mereka sendiri bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

“Sebab tu kalau tengok pengembara solo mat saleh dia orang bawa siap-siap kunci pintu mereka sendiri,” kata seorang pengguna TikTok.

BACA: Selain usang, ini 2 faktor punca KD Pendekar karam dedah Lembaga Siasatan TLDM