“Ada makcik cakap balik-balik makan ini, takleh telan dah, esok betul dia takleh telan makanan”, mutawif kongsi kisah di Mekah. Umat Islam di Malaysia sering kali dinasihatkan agar sentiasa menjaga adab dan tingkah laku ketika berada di Tanah Suci Mekah.
Setiap bakal jemaah juga perlulah ambil tahu dan sentiasa bersedia dengan perubahan suasana serta budaya yang berbeza ketika berada di sana.
Walaupun sejak dari dulu kita sering dengar banyak perkongsian di media sosial, akhbar dan majalah mengenai perkara-perkara aneh yang pernah berlaku di Mekah,
perlulah diingatkan bahawa semua yang berlaku tersebut hanyalah ketentuan serta qada’ dan qadar dari Allah SWT jua.
Seorang mutawif terkemuka, Ustaz Shauqi Hasan telah membuat satu hantaran di Facebooknya sebagai pengajaran, peringatan dan iktibar mengenai perkara ini. Jom sama-sama kita ikuti perkongsian menarik dari beliau berikut.
Mastika Mekah
Di Mekah jangan expect di sana macam di negara kita. Suasana solat dalam Masjidil Haram tak sama macam di sini. Diorang tak kasik chan.
Selagi bahu kau tak bersentuh dengan orang sebelah, akan ada orang yang menyelit. Biar pun space cuma sejengkal. Ada Pak Arab yang Abang perati marah bila ada Pak Arab selamba himpitkan badan celah-celah dorang padahal ruang tu memang dah takde. Kalau dari segi adab tatasusila memang Abang tak setuju la dengan cara Pak Arab tu sebab datang lambat lepas tu takde hint, takde hont, terus mencelah. Tapi dari segi adab bersolat, kau kena allow dia menyelit. Sebab kau yang bagi ada ruang walaupun sejengkal.
Di sana membuatkan kita praktikkan benda-benda yang jarang atau hampir tak pernah kita buat kat sini. Di sana kalau keadaan tak mengizinkan, ambillah seringkas mungkin. Ambil “selonggar” yang boleh, asalkan tak lari dari syarat sah solat.
Macam seorang tetamu Allah ni yang bergaduh dengan Pak Arab sampai melibas-libas sejadah kat bontot Pak Arab tu, ya Allah, Abang ni yang duduk belakang dia jadi serba-salah. Nak ditegur takut, tak ditegur pun takut. Tetamu Allah tu cakap nanti kalau sempit-sempit time tahiyat akhir Pak Arab tu terduduk atas kaki dia.
Dalam situasi macam ni sebenarnya kita boleh meninggalkan sunnah yang afdal. Agak-agak terlalu sempit, tahiyat akhir tu tak payah la buat. Duduk la rakaat akhir tu dengan tahiyat awal sebab tahiyat akhir tu sunat je. Cuma tak dapat la pahala sunat mazhab Shafie. Toksah gaduh-gaduh sangat la pasal sempit-sempit ni, apetah lagi sampai melibas sejadah.
Lagi satu di sana, kadang-kadang akan ada benda yang boleh mengelirukan kita. Contohnya solat sunat.
Kat sana kita akan tengok lepas Asar and Subuh ramai yang buat solat sunat. Sampai ramai jemaah naik konfius eh aku ke yang salah sebab macam pelik bila lepas Subuh orang kiri kanan aku buat solat sunat. Setau aku tak boleh.
Sebenarnya di Masjidil Haram sahaja yg dibolehkan segala solat sunat yang dilarang pada waktu-waktu tertentu termasuklah solat sunat selepas subuh dan Asar. Itulah kelebihan Rumah Allah.
Tu belum lagi ada perempuan yang mati-mati nak solat sebelah suami dia. Tak pasal je laki dia sorang je antara jemaah wanita.
Sabor je la…
Tapi itulah, di Makkah ni lain.
Bab makan, bersedia untuk makan apa aja yang ada. Agak-agak tak selera, dipersilakan cari makanan lain. Sana banyak tempat makan. Cuma jangan diluahkan ketidakseleraan kita tu. Sebab ada kes satu makcik tu bila ditanya kenapa tak makan kat dewan makan, dia kata “Balik-balik ini, balik-balik ini. Takleh telan dah”.
Tup tup memang betul terus dia takleh nak telan makanan apa pun dah lepas tu. Bunyi macam cerita dalam Mastika kan. Ya Allah, ampunkanlah kami semua.
Begitulah kisah di Makkah.
Makkah tak se-selesa Madinah.
Tapi jangan fikirkan sangat pasal selesa atau tak selesa.
Kita pi sana pun bukan untuk bercuti.
Makkah memang tempat kita berasak-asak, berpeluh, bersempit-sempit dan berpenat. Kita ke sana memang nak beribadat, so jangan pikir sangat selesa ke tak selesa. Kalau dari segi hotel tu, masing-masing ada pilihan untuk dapatkan bilik yang selesa, tapi di Al-Haram, tetap sama.
Satu nasihat Abang, cium Hajar Aswad ni tak wajib untuk lelaki mahupun perempuan. Kalau rasa payah, tak perlulah berhimpit-himpit kat sana sebab ada sesetengah jemaah (bukan negara kita) yang punyalah nak cium Hajar Aswad, sampai telekung tertarik nampak sebahagian besar rambut. Sampai ada yang bibir berdarah terkena siku Pak Arab. Dah la, kalau sampai macam tu sekali keadaan dia, baik jangan. Melambai pun dah cukup.
Itu belum cerita jemaah lelaki yang hilang kain ihram bawah. Dia sibuk nak cium Hajar Aswad, dia bagi free je orang lain cium dia punya…
Salam Jumaat,
Shauqi Hasan
Mutawif Rare
BACA:
Ini kisah mengapa P.Ramlee buat watak ‘Kassim Selamat’ seorang buta