Acap kini terlibat dalam penggambaran drama bertajuk Jemaah Penanggal Kampung Lenggong di bawah arahan Datuk Jurey Latiff Rosli.
Walaupun hanya tampil sebagai penampilan khas dengan beberapa babak, dia meluahkan rasa teruja
kerana berpeluang berlakon bersama pelakon kegemarannya, Ropie.
“Ropie adalah salah seorang pelakon yang saya minat. Jadi, dapat berlakon bersamanya memang satu pengalaman yang menyeronokkan.
Saya juga suka genre komedi seperti drama ini.
“Namun, kembali ke set penggambaran selepas lama tidak berlakon agak mencabar, terutama dalam menghafal skrip. Mujur pengarah banyak membantu dan memberi tunjuk ajar,” ujarnya.
Hasrat Kembangkan Kerjaya Seni. Acap juga bercita-cita untuk tidak hanya terhad kepada genre komedi dan ingin mencuba pelbagai watak dalam drama berbeza, termasuk genre romantik.
Baginya, setiap peluang adalah ruang untuk memperbaiki mutu lakonan dan diterima baik oleh penonton.
“Saya memang minat berlakon dan selepas ini akan terus menerima tawaran yang sesuai.
Saya mahu mencuba pelbagai genre, termasuk drama bercinta. Banyak lagi yang perlu diperbaiki, dan saya akan terus belajar untuk menjadi pelakon terbaik,” jelasnya penuh tekad.
Acap optimis dengan peluang yang diterimanya selepas kemenangan di MLS4, menjadikan ia batu loncatan untuk mencipta nama dalam dunia seni.
BACA: Rita Rudaini nak kahwin lagi,ini respon anak -anknya buat dia terdiam