AC Mizal dedah rahsia yang isteri sendiri pun tak tahu. Jelasnya, fasa merupakan zaman sukarnya di dalam kerjaya seni ketika itu.
“Kelahiran anak pertama kami, Muhammad Reeve Damien. Waktu ini kami tengah susah. Malah ketika isteri saya mengandungkan Reeve tujuh bulan pertama, duit dalam bank akaun ada RM250 saja.
“Waktu ini boleh dikatakan saat saya jatuh, di mana banyak cerita mengenai saya macam-macam,” katanya.
AC bercerita mengenai perkara itu menerusi program hiburan terbaru, Media Hiburan Throwback episod pertama yang dihoskan Radin Era, baru-baru ini.
“Bini Tak Tahu Saya Pernah Makan Tisu Dengan Kuah Roti Canai Orang” – AC Mizal Cerita Zaman Susah
Dedahnya lagi, isterinya terpaksa melahirkan anak sulungnya itu secara pembedahan kerana mengalami sakit bersalin lebih 12 jam.
“Ketika ini waktu 12 tengah malam. Pada waktu itu, isteri saya sakit mengandung lebih 12 jam. Bulan Ogos ketika itu, Allah bagi rezeki pada saya dapat tawaran empat drama sekali gus… tak tidur malam.
“Akan tetapi pada waktu isteri nak melahirkan, duit pada hanya cukup untuk bersalin secara normal sahaja. Akan tetapi oleh kerana 12 jam sakit, mahu tak mahu lakukan prosedur pembedahan. Bayaran berlakon pun masih banyak yang tak dapat lagi.
“Tidak mengapalah, saya minta isteri untuk lakukan pembedahan, duit saya cari. Alhamdulillah saya ada seorang rakan di Ipoh yang berikan saya pinjam duit. Ketika ini memang susah betul.
“Ketika isteri mengandungkan ni… saya pernah cerita saya makan tisu bersama kuah canai orang. Isteri tak tahu, bila waktu pagi rakan ajak pergi sarapan saya cakap tak apa, saya dah makan.
“Ini kisah benar. Kalau orang nak cerita pasal kesusahan dengan saya tak payahlah. Saya sudah lalui macam-macam,” katanya sejurus Radin menunjukkan artikel lama yang merakamkan Emylia mendukung anak sulung di wad bersalin.
“Bini Tak Tahu Saya Pernah Makan Tisu Dengan Kuah Roti Canai Orang” – AC Mizal Cerita Zaman Susah
Sementara itu, AC turut mengakui kehadiran anak-anak banyak membukanya pintu rezeki.
“Lahirnya anak lelaki saya, rezeki mulai terbuka dan kehadiran anak perempuan saya, Fya Erissa memang Dia lebih bukakan rezeki. Memang rezeki anak, kami hanya menumpang,” katanya lagi.
BACA:
Tragedi pesawat terhempas ‘Double Six’ ada unsur sabotaj? Ini pendedahan laporan kejadian
Apa akan jadi pada penduduk setempat kalau highland tower dibangunkan semula?