Abg Sajat menangis terharu akhirnya dapat makan dan buat kuih seri muka hasil tunjuk ajar netizen

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Bila duduk di perantauan ini, bukan mudah nak dapat rasa makanan tradisional daripada Malaysia seperti kuih muih dan masakan lauk yang unik.

Kalau dah teringin tu, terpaksalah masak sendiri macam apa yang dilalui oleh usahawan kosmetik penuh kontroversi,.

Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman.

Abg Sajat menangis terharu akhirnya dapat makan dan buat kuih seri muka hasil tunjuk ajar netizen

Netizen di TikTok ajar Sajat masak seri muka

Menerusi perkongsian di TikTok, Nur Sajat baru-baru ini ada mengadakan sesi live memasak kuih seri muka.

Ketika live berlangsung, Sajat dilihat memasak kuih tersebut dengan berpandukan tunjuk ajar netizen di sesi live itu. Live itu juga katanya telah ditonton seramai 32,000 orang tau!

@_ajieha_ sampai menangis sajat bila dpt makan,benda yg dy teringin sgt & bila buat sndiri menjadi pulak#sajat #serimukapandan #fypシ゚viral #food ♬ original sound – J!eH∆ S∆N 🍣

Dalam satu video lain, kelihatan Sajat menunjukkan kuih seri muka yang telah dimasak hasil tunjuk ajar netizen.

Sebaik dia merasa seri muka itu, Sajat dilihat sebak dan menangis sambil mengucapkan terima kasih kepada netizen yang telah mengajarnya cara-cara memasak kuih itu.

Terima kasih you all ajar Sajat. Thank you so much! Sumpah sedap!

“Ini kan macam satu effort tau. Kita kan duduk jauh,” katanya sambil mengesat air mata.

Kata Sajat lagi, dia tak menyangka ini kali pertama dia membuat kuih tersebut dan ia menjadi serta rasanya sangat sedap.

“Dengan aku sekali menangis”

Netizen yang melihat video tersebut ikut sama sebak dengan situasi yang dialami Sajat dan ada yang mengagak bahawa usahawan ini sebenarnya rindu dengan Malaysia serta masakan ibunya

BACA: “Suami berubah jadi orang yang aku tak kenal, tak mahu tidur sekali, seakan rimas dengan aku, tak tanya dah makan ke sakit ke, kuasa Allah, pagi tu terbongkar segalanya”