Abby Abadi jawab dakwaan masih ada hati dengan Norman Hakim

Abby Abadi jawab dakwaan masih ada hati dengan Norman Hakim. Keakraban keluarga selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi sering mendapat pujian malah dicontohi cara mereka menjaga silaturahim.

Dalam kemesraan keluarga ‘besar’ Norman dan Abby ini, ada juga segelintir pihak yang tak sedap mata memandang.

Menurut Abby, dia menerima persoalan yang bertanya mengapa dia beraya dengan Norman serta keluarga sedangkan dia mempunyai suami dan anak-anak.

“Sambung lagi video raya pertama dengan sedikit cerita supaya tiada yang iri hati dan berkata yang tidak-tidak ya. 2022 dah ini… tolong ubah mentaliti”

“Dalam pada kami berbaik-baik, Allah izinkan raya bersama, berkongsi apa adanya, hidup aman damai penuh kasih sayang Lillahi Taala… ada juga yang kata jangan rapat sangat, tidak elok, serta tidak manis”

“Kenapa mesti nak raya bersama? Keluarga sendiri kan ada? Kenapa begitu dan kenapa begini… banyak pula persoalan ya? Baik pun dicari-cari pula salah”

Tegas aktres berumur 45 tahun ini, dia dan Norman tidak berbalah seperti yang diperkatakan segelintir individu yang suka ‘reka cerita’.

Malah, jelas pemilik nama Arbaiyah Abdul Manan, kediaman dia dan Norman berhampiran dan itu memudahkan mereka untuk merancang percutian bersama anak-anak.

“Bila bergaduh? Suka? Tambah garam, tambah perisa supaya perang berpanjangan ya? Tahun sebelum ini ada artis persoalkan kenapa mesti nak raya dengan bekas. bla bla bla”

“Hello! Tak nampak ke dengan anak-anak sekali dan pasangan kami itu? Kami memang duduk berdekatan sangat. Bertahun-tahun sudah macam ini, memang ke mana-mana pun rancang sesama kerana anak-anak ramai, bincang supaya semua dapat bersama”

Abby Abadi jawab dakwaan masih ada hati dengan Norman Hakim

“Apa yang jadi masalah sangat itu? Lebih tragis ada ramai yang komen kata saya masih nak kan Norman… aiyo! Dah 14 tahun berlalu, sudahlah itu”

Bersihkan hati

Dalam pada itu, pelakon drama Gerak Khas ini berharap agar individu terbabit berusaha membersihkan hati di samping mendoakan agar ikatan kekeluargaan mereka terus utuh.

Mari sama-sama bersihkan hati. Doakan yang baik-baik untuk semua agar kita sentiasa hidup dalam redaNya.

Doakan kita dan kami dapat terus sebagai satu keluarga hingga ke syurga Firdausi-Nya. Buat baik dan berbaik-baik. Allah sebaik-baik penilai.

Terdahulu, Norman berkahwin Abby pada 2002 tetapi bercerai pada 2009.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 19, Marissa Dania Hakim, 17, dan Danisha Hakim, 14.

Video sebelum ini:

BACA: 

Anggota trafik iring anak MP Baling ditukar ke bahagian pentadbiran

Kakitangan kerajaan dibenar kerja dari rumah selama seminggu selepas Aidilfitri

KWSP: Rupanya ada 17 jenis pengeluaran khas yang anda boleh buat

CATEGORIES