Abang Viva dan Aliff Syukri bekerjasama bantu mangsa banjir, tegur ahli politik

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Abang Viva dan usahawan terkenal, Dato’ Seri Aliff Syukri, bersama-sama turun padang

BAgoi menghantar bantuan kepada mangsa-mangsa bencana banjir di Terengganu.

Melalui hantaran di Instagram, Aliff Syukri memaklumkan beliau akan berada di Pantai Timur selama tiga hari dua malam bagi melaksanakan misi ini.

Bantuan berupa barangan keperluan akan diagihkan kepada mereka yang terkesan akibat banjir.

Aliff Syukri Doakan Urusan Dipermudah

Abang Viva dan Aliff Syukri bekerjasama bantu mangsa banjir, tegur ahli politik

Dalam perkongsiannya, Aliff turut berdoa agar urusannya dipermudahkan sepanjang misi tersebut. Beliau juga menyeru lebih ramai usahawan dan ahli politik untuk tampil memberikan bantuan kepada mangsa banjir.

“Saya harapkan lebih ramai usahawan atau ahli politik lain turun membantu meringankan beban mereka yang terkesan, sekaligus memberikan sedikit keceriaan kepada yang sedang berduka,” tulisnya.

Abang Viva & Aliff Syukri Sertai Misi Bersama Isteri

Menariknya, Abang Viva dan Aliff Syukri turut membawa isteri masing-masing dalam misi ini.

Mereka dilihat menaiki bot untuk meredah banjir dan menghantar bantuan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di kawasan terjejas.

Misi Bermula di Kelantan Sebelum Bergerak ke Terengganu

Menurut perkongsian di Facebook isteri Abang Viva, Evanoza, mereka terlebih dahulu menjalankan misi banjir di Kelantan sebelum bergerak ke Terengganu.

Netizen Ucap Terima Kasih

Ramai netizen memuji usaha murni Abang Viva dan Aliff Syukri. Mereka mengucapkan terima kasih atas bantuan yang diberikan kepada mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur. Doa juga dipanjatkan agar segala urusan kedua-dua figura ini dipermudahkan, selain rezeki mereka terus dilipatgandakan.

“Terbaik Abang Viva & Dato’! Bagus macam ni, kolaborasi untuk kebaikan.”

Banjir Pantai Timur Kian Buruk

Sebagai makluman, negeri-negeri di Pantai Timur sedang mengalami banjir teruk, dengan Kelantan menjadi kawasan paling terjejas.

Musim tengkujuh kali ini mencetuskan banjir besar yang lebih buruk berbanding kejadian serupa pada tahun 2014.

BACA: Wanita terpaksa batal perkahwinan kerana bakal suami meninggal pada hari kejadian