Abang Tesla bengang ada ‘kaki report’ pada isteri pertama

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Pempengaruh Abang Tesla meluahkan rasa berang terhadap seorang individu yang menjadi ‘penyampai’

Dan melaporkan gerak-gerinya kepada isteri pertama setiap kali dia keluar meluangkan masa bersama isteri kedua.

Abang Tesla atau nama sebenarnya Khal Iltizam Yusry, 28, menyifatkan tindakan tersebut sebagai perbuatan orang kurang bijak.

Pelik aku tengok perempuan bodoh sibuk perhatikan hidup aku. Aku tak ada update hidup aku berkeluarga, sibuk nak tengok aku punya hidup.

Sibuk mesej-mesej bini (nombor satu) aku kalau aku pergi berjalan dengan bini nombor dua.

Abang Tesla bengang ada ‘kaki report’ pada isteri pertama

Cukup-cukuplah jadi bodoh pergi DM bini aku bagitahu aku pergi mana. Hidup kau dah bosan sangat ke sampai aku pergi mana kena ambil tahu.

Abang Tesla meluahkan perkara itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Story miliknya.

Dalam hantaran sama, Abang Tesla memberitahu, dia sentiasa memaklumkan kepada isteri pertama sekiranya mahu keluar dengan isteri kedua.

Bini nombor satu aku tahu je aku pergi mana. Sebelum aku bawa bini nombor dua jalan, aku akan bawa bini nombor satu jalan. Tapi korang DM dia, nak dia sakit hati ke apa?

Tutur anak kelahiran Johor itu lagi, dia kini sudah mengurangkan berkongsi fasal kehidupannya dalam media sosial kerana tidak mahu ada pihak yang terasa hati.

Malah, dia juga memilih untuk tidak berkongsi mengenai anak sulungnya hasil perkahwinan dengan isteri kedua.

Aku tak update hidup aku sebab tak nak korang yang tersakiti ini jadi sakit hati.

Aku cuma update fasal kerja je dekat sosial media. Cukup-cukup lah fasal kebahagiaan.

Anak aku pun aku memang privasikan sebab tak nak orang bodoh nanti cakap bukan-bukan.

BACA: Anak ikat perut makan telur kicap tapi suami makan sedap di restoran lagi, paling terkilan keluarga dia pun bersubahat