Abang Kurier dedah ditawar RM17.50 buang botol kaca lama dalam sungai ini puncanya

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

TUGAS sebagai seorang penghantar kurier semangnya tidak dapat lari daripada berdepan dengan pelbagai kerenah pelanggan.

Berada di barisan hadapan, setiap daripada mereka menyimpan seribu satu kisah ‘luar biasa’ ketika berurusan di lapangan.

Namun begitu, lain ceritanya untuk penghantar kurier ini yang kisahnya bukan mengjengkalkan atau memanaskan hati tetapi sebaliknya menyeramkan!

Melalui ciapan yang memaparkan satu tangkap layar di Twitter, seorang penghantar kurier berkongsikan bagaimana dia mendapat pesanan aneh serta bersifat mistik daripada seorang pelanggan.

Dalam nota pesanan yang diterimanya itu, pelanggan tersebut meminta penghantar kurier untuk membuang satu bungkusan ‘istimewa’ ke dalam sungai.

Abang Kurier dedah ditawar RM17.50 buang botol kaca lama dalam sungai ini puncanya

Malah dia diperlukan untuk fasih membaca ayat suci Al-Quran bagi menyempurnakan tugasan ini.

Abang Kurier dedah ditawar RM17.50 buang botol kaca lama dalam sungai, syarat kena pandai baca quran

“Baca dulu! Assalamualaikum rider malam, saya nak minta tolong buangkan barang dalam sungai berdekatan Sunway Pyramid.
“Syarat mesti Muslim dan pandai baca ayat suci Al-Quran.

“Barang ialah botol kaca lama dengan lilitan,” tulis pelanggan itu seperti yang tertera dalam tangkap layar aplikasi kurier.

Pesanan janggal itu menyebabkan penghantar kurier yang senang disapa sebagai Syafiq itu mempunyai beribu persoalan tanpa jawapan.

“Weh seram! Nak accept job ke nak report?” kata Syafiq meminta pandangan daripada netizen.

Pernah pergi buang barang dekat sungai, ustaz cakap awal-awal lepas buang balik terus, jangan toleh belakang.
NETIZEN
Berdasarkan tangkap layar yang disertakan, dapat diperhatikan lokasi yang ditetapkan untuk mengambil bungkusan itu ialah di Chow Kit, Kuala Lumpur.

Bayaran yang ditawarkan untuk tugasan penghantaran ‘istimewa’ itu pula ialah RM17.50.

Menjengah ke ruangan komen, sesetengah warga maya sempat berjenaka dengan berteka-teki di manakah lokasi sungai berdekatan pusat beli-belah yang dimaksudkan pelanggan itu.

“Sungai dekat mana belah Sunway Pyramid? Jangan cakap suruh buang betul-betul dekat taman tema air di situ.

“Saya tertanya-tanya kenapa kalau barang mistik macam ni kita kena buang dekat sungai, suka betul ya tukang sihir ni mencemarkan sungai kita.

“Sekarang servis santau dah boleh dihantar gunakan delivery service, santau maju bergerak seiring teknologi,” kata sebilangan warga maya berseloroh.

Dalam pada itu seorang netizen yang mungkin penduduk di lokasi terbabit mengatakan sungai dimaksudkan itu adalah Sungai Way.

“Sungai Way, dekat jambatan sungai Penchala, dia mengalir ke Sungai Klang. Selalu kawasan situ ramai orang memancing.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

“Buang ke sungai supaya dia terus mengalir ke laut dan tak ada orang yang terambil atau terjumpa ‘benda’ tu lagi.

“Tapi membuang sampah ke sungai dikira sebagai satu kesalahan undang-undang, boleh kena saman, hati-hati,” kata pelayar itu.

Bagaimanapun netizen lain yang mengambil serius pertanyaan pemilik ciapan itu menasihatinya untuk menolak pesanan pelanggan itu.

“Dia nak pass je tu. Dia boleh je pergi buang sendiri tapi ‘benda’ tu boleh datang balik dekat orang asal tu. Lebih baik jangan terlibat.

“Pernah pergi buang barang dekat dalam sungai, ustaz tu dah cakap awal-awal lepas buang balik terus, jangan toleh belakang lagi dah.

“Sekali lepas buang ke dalam sungai tu memang perasan ada dengar suara minta tolong,” kata sebahagian warga maya menceritakan pengalaman

BACA: Gara-gara makan telur mata, remaja 17 tahun maut