Abang kerja biasa je, gaji 5k tapi beli rumah banglo ada swimming pool, rupanya ini kerja dia belakang aku

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca semua. Kisah hidup aku ni sedikit sebanyak aku harap boleh jadi contoh dan iktibar buat kita semua.

Aku ada 3 orang adik beradik, ketiga tiga kami termasuk aku lelaki.

Aku adalah anak yang no.2 dan anak no.1 iaitu Along aku beza kami cuma 4 tahun.

Abang kerja biasa je, gaji 5k tapi beli rumah banglo ada swimming pool, rupanya ini kerja dia belakang aku

Manakala adik aku anak yang ketiga beza umur agak jauh 6 tahun. Bagi aku hidup kami ni sederhana.

Mak aku kerja cashier ayah aku pula kerja pomen kedai motor.

Pada aku keluarga kami ni bagus tak ada masalah besar, kalau ada boleh bincang dengan elok dan kami semua memang agak rapat. Along aku kerja lain (maaf tak boleh specify kerja apa) dan aku pula kerja dekat firma akaun.

Aku duduk jauh dari rumah dekat negeri lain abang aku pula menetap di rumah dengan isteri dan anak – anak dia. Mak ayah aku menetap dekat rumah kami tapi negeri yang sama dengan abang, cuma aku je jauh dari keluarga.

Jadi aku skip 2 tahun aku bekerja, Along aku dah berkahwin, mak ayah aku dah berhenti kerja maklum umur pun dah tua aku pun dengan abang pun pujuk suruh berehat. Along aku pun kerja naik pangkat gaji pun m4kin lumayan.

Aku pun happylah kan benda baik nak buat apa di risau. Setahun kemudian, Along aku dia beli rumah. Aku kiranya orang terakhir tahu sebab maklumlah kerja jauh dan lagi satu Along aku dia dah cakap dari awal nak beli rumah cuma tak kasitahu bila dapat kunci dan pindah.

Dah dalam sebulan baru aku tahu Along beli rumah dah dapat kunci. Aku pun cuti hujung minggu balik sebab nak tengok rumah Along aku sambil tolong kemas dan pindah. Aku sejujurnya tak tahu rumah Along aku besar mana yang aku tahu rumah atas tanah sebab sebelum ni Along aku dengan isteri dia duduk rumah flat.

Dalam kereta waktu otw mak ayah dengan adik aku berseloroh rumah Along besar mewah ada swimming pool. Aku pun dalam hati memang excited, ada swimming pool dekat rumah siapa yang tak excited. Bila sampai rumah baru Along aku.

Aku memang agak terk3jut sebab rumah ni memang agak mewah. Dalam fikiran aku bila adik dan mak ayah aku cakap ada swimming pool agak terk3jut sebab dah boleh expect rumah mewah. Tapi bila tengok depan mata memang aku terk3jut ini betul mewah. Level rumah bos dekat firm aku.

Jadi aku pun borak dengan Along tanya rumah berapa dan segala macam. Memang mahal, aku pun tanya Along bahagian kewangan dia okay tak sebab rumah ni aku pun tak mampu nak beli. Tapi Along aku cakap dia okay sebab ada saving.

Lagi satu dia cakap ada buat ‘investment’ duit tengah masuk. Aku pun okay tak ada masalah sebab rumah tu pun memang lawa. Keluarga aku pun pindah situ kecuali aku sebab kerja negeri lain. Genap setahun lepas Along aku beli rumah.

Aku waktu ni agak sibuk faktor utama sebab simpan duit nak kahwin dan sebab part time master+kerja. Balik rumah waktu ni memang agak jarang kalau ada perkara penting baru aku balik. Jadi Along aku pun dia nak bawa kami semua bercuti luar negara dia cakap kita satu keluarga tak pernah bercuti.

Aku pun memang setuju sebab maklumlah lama tak berehat. Jadi kami semua pergi bercuti sekitar eropah selama 10 hari. Puas berjalan belanja sana sini kami pun balik. Aku waktu trip cuti tu sebenarnya ada tertanya – tanya banyak betul duit Along aku.

Sebab benda yang dia beli memang bagi aku mahal. Bab ticket flight kami split 50/50 awalnya Along aku nak cover semua tapi aku reject cakap mahal kesian Along aku cover semua. Bila balik tu of course aku balik rumah Along aku dulu.

Aku terk3jut waktu ni, sebab rumah Along aku dah mewah lepas tu kereta 3 biji dan motor cc tinggi ada 2 biji. Aku macam eh betul berduit Along aku. Aku cuba tanya mak aku cakap “banyak betul duit Along mak” mak aku jawab rezeki Along ni.

Aku waktu ni tanya mak gaji Along sebulan berapa. Mak aku jawab dia tak tahu dan suruh aku jangan sibuk hal gaji / kerja Along aku. Tapi aku dalam hati ada perasan musykil. Gaji Along aku ni kalau sebulan 10 ribu ke atas okaylah tak masalah.

Tapi setahu aku sebelum ni gaji Along aku dalam 2 ribu, gaji aku pun waktu tu lebih kurang Along aku. Jadi aku bila buat kira – kira kalau gaji Along aku 5 ribu pun masih tak mampu bayar semua benda ni. Aku pun ajak berbual dengan Along aku.

Sambil berbual aku tanya “Along kerja dekat tempat lama lagi ke?” Along aku jawab masih tempat sama. Aku tanya gaji okay tak dia jawab boleh lah gaji sedap. Aku masa ni tak sedap hati jadi terlepas cakap “Along jangan buat benda tak elok long bah4ya” Along aku dia marah terus dia tengking aku cakap jangan nak fitnah dia.

Bila mak dengan ayah aku tahu pun habis aku kena marah dan tuduh yang aku jealous. Jadi aku balik rumah aku terus sebab malas nak berg4duh dalam perjalanan balik aku ada ambil satu beg kecik ni dalam tu ada resit waktu bercuti dekat eropah.

Aku kira dan check satu – satu. Terk3jut aku Along aku spent hampir 50 ribu ringgit malaysia. Jumlah ni bukan sikit, banyak. Aku balik tu check harga kereta, rumah, motor Along aku. Rumah tu memang dah lebih 1 juta, total kereta dengan motor tu pula genap satu juta lebih.

Aku waktu ni dah fikir memang must4hil Along aku boleh beli dan bayar semua tu dengan gaji dia. Aku telefon Along aku. Aku mulakan dengan cakap minta maaf lepastu aku tanya Along kerja semua okay ke, duit apa cukup ke tidak.

Aku bagi tahu Along aku jangan tersilap langkah dan tamak, kalau ada apa – apa bagitahu aku. Along aku marah dalam telefon esoknya mak dengan ayah aku telefon cakap, “kau sibuk hal Along kau buat apa itu duit dia rumah dia tak kisah lah dapat dari mana tahu lah Along kau tu halal h4ram” macam – macam kata m4kian mak ayah aku cakap dalam telefon.

Aku pun terangkan dekat mak dan ayah aku. Benda ni bukan sekadar tentang duit. Kalau betul Along aku dapat duit tu dari sumber yang h4ram dan salah kesan dia teruk. Bukan setakat Along kena kita satu keluarga pun akan kena kesan dia.

Aku pun suruh mak dengan ayah aku pujuk Along. Aku telefon kakak ipar aku pun dia ignore dan block nombor aku. Aku siap balik rumah nak bincang benda ni dengan Along aku. Sebab benda ni m4kin lama m4kin suspicious.

Sampai berg4duh, mak dengan ayah aku siap cakap aku ni orang b0doh dah ada ahli keluarga senang aku pula pergi cemburu. 6 bulan aku tak contact keluarga aku dan keluarga aku tak contact pun aku. Selepas genap setahun tak berhubung. Dapat panggiIan dari ayah aku.

Along aku kena tangkap kes rasu4h nilai memang banyak. Bila aku balik sana tengok mak aku dan akak ipar aku menangis. Akak ipar aku dengan mak dan ayah aku tuduh yang aku report dekat penguatkuasa. Aku pun walaupun rasa marah aku terang dengan baik yang lambat laun Along memang akan tertangkap sebab nampak sangat dia berbelanja ni.

Sebab kehidupan memang nampak sangat mewah. Waktu harta benda kena sita tu kereta sampai 5 biji dan segala macam harta kena r4mpas. Aku jumpa Along aku waktu ni dia cakap menyesal. Aku cuma mampu dengar. Sesi air mata tapi tak boleh nak buat apa.

Habis semua kena sita satu sen barang pun tak ada. Kes Along aku ni pun dah lama masuk berita dan bukan dia sorang kena. Mak ayah dan akak ipar aku salah kan aku. Dia cakap aku ni punca Along aku kena tangkap. Aku pun setakat geleng kepala.

Aku memang ada buat report dekat pihak berkuasa. Sejujurnya depan mak ayah dan akak ipar aku denied cakap bukan aku. Tapi benda rasu4h ni jen4yah. Kesan rasu4h ni bukan kecil ye impak dia tu beratus orang terkesan.

Aku nasihatkan kalau yang ada pertama kali terima rasu4h pulang balik. Along aku sendiri cakap waktu dia terima tu memang first time rasa takut tapi bila dah terima kali kedua ketiga dah tak rasa apa malah dia cakap tak cukup.

Aku nasihatkan jangan terima rasu4h. Kesan dia banyak bukan setakat seorang dua. Ramai orang akan menerima kesan dia. Sama – sama kita mencegah rasu4h. – Zaim (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Fazidah Abdul Kadir : Betul tt, gaji kalau setakat rm5-6k takkan mampu beli rumah juta – juta, pakai kereta sampai 4-5 biji pi spend ke luar negara sampai 50k memang tak mampu. Alhamdulillah, terima kasih, awak sebenarnya dah selamatkan semua kita rakyat malaysia, along awak, dan keluarga awak.

Ya lah manalah negara nak maju kalau penjawat awam asyik rasu4h je kan, mak ayah, along, bini dia, awak sendiri pun selamat dari makan harta h4ram secara berterusan. Tahu kan kalau makan benda dari sumber harta h4ram ni ke mana tempatnya walaupun lah bukan kita yg buat benda h4ram tu.

Betul cakap along.. duit h4ram free macam tu memang macam minum air garam kan, m4kin minum m4kin dahaga. Semoga Along dan keluarga tt bertaubat dan berjaya di akhir4t nanti. Suruh lah depa puasa untuk hilangkan kesan makan duit h4ram tu dan bertaubat. Kalau depa nak dengar lah, doakan depa sama ya tt. Semoga tt beroleh rahmat Allah dan bahagia di dunia dan akhir4t.

Ogy Gyo : Good job confessor! Awak dah tunaikan tanggungjawab awak dengan baik. Moga abang awak menyesal dan kembali ke pangkal jalan. Harap kita semua amik kisah ini sebagai iktibar agar tak terlibat dengan kes rasu4h. Tak kiralah yang memberi atau menerima. Jangan mulakan nanti jadi terbiasa susah nak patah balik.

BACA: Tular wanita mengamuk marah makcik driver bas tak buka pintu ketika berhenti, tapi netizen ‘backup’ pemandu