Abang Bas ‘crush’ dengan murid sekolah, ini 9 tanda pemangsa pedophile ramai tak tahu

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Tindakan pemandu bas sekolah rakam video murid perempuan, dan berkongsi di media sosial sehingga tular menimbulkan kebimbangan dalam kalangan orang ramai.

Apa yang menimbulkan pertikaian adalah kapsyen yang digunakan oleh pemuda tersebut, yang dianggap tidak sesuai untuk ditujukan kepada murid sekolah rendah.

Malah, ramai pengguna media sosial mengaitkan tindakan ini dengan kesalahan pedofilia,

iaitu satu gangguan mental kronik yang menyebabkan penghidapnya berasa ghairah apabila melihat kanak-kanak atau gambar mereka.

Oleh itu, adalah penting untuk kita mengenal pasti individu dengan kecenderungan pedofilia atau child grooming bagi melindungi anak-anak dan mencegah kejadian yang tidak diingini.

Abang Bas 'crush' dengan murid sekolah, ini 9 tanda pemangsa pedophile ramai tak tahu

Berikut adalah sembilan ciri atau tanda yang boleh membantu dalam mengenali individu yang mungkin mempunyai kecenderungan pedofilia seperti yang dikongsikan oleh Hello Doktor:

1. Berpura-pura jadi orang lain, contohnya menipu usia mereka dalam talian.

2. Menawarkan nasihat atau persefahaman.

3. Membelikan hadiah.

4. Memberi perhatian kepada kanak-kanak tersebut.

5. Menyalahgunakan kedudukan profesional atau reputasi mereka.

6. Membawa kanak-kanak tersebut bercuti atau berjalan.

7. Hantar atau menyiarkan imej mereka yang terdedah.

8. Ambil bahagian dalam aktiviti seks melalui kamera atau telefon pintar.

9. Perbualan seksual melalui teks atau dalam talian.

Semoga perkongsian ini dapat memberikan gambaran yang lebih jelas jika anda mengesyaki seseorang yang disayangi mungkin mempunyai ciri-ciri pedofilia atau menjadi mangsa.

Dinasihatkan agar mangsa segera mendapatkan bantuan untuk mengelakkan komplikasi yang lebih serius.

BACA: Content ada unsur ‘Pedo’? Menteri arah JPKK buat laporan polis terhadap pemilik Tiktok ‘Abang Bas’