’Abah’ tak boleh belanja duit negara macam duit sendiri

’Abah’ tak boleh belanja duit negara macam duit sendiri

Tadi tonton video..Abah tebuk atap menjawab soalan DSAI Mengapa Pakej Rangsangan tidak dibahaskan di Parlimen, ada yang kata Abah pandai Berhujjah.. Begitu teruk jawapan pun boleh dikatakan pandai berhujjah..

Kata Abah tebuk Atap.. , Kita sebagai Kerajaan bertanggungjawab perlu segera salurkan bantuan Kepada Rakyat.. Itu bukan soalnya, dalam keadaan mendesak, tidak ada halangan pun nak agih bantuan segera pada rakyat..Yang dipertikai kenapa tempoh 3 Bulan tidak dibahas langsung..

Mudah faham dengan bahasa Abah mcm ni.. Abah pengerusi Masjid, Tiba tiba ada keluarga dan ahli kariah Meninggal Dunia sebab kemalangan.. waktu dah malam..Abah terpaksa pakai duit masjid untuk uruskan khairat Kematian dan bantuan..

lepas tu dalam mesyuarat..AJK Masjid tanya, Mana pergi Resit, Laporan kewangan.. dah 3 Bulan ni..Kata Abah dan dengan gaya Pak Maun dalam mesyuarat..,

” Aku pengerusi Masjid yang bertanggung jawab kepada ahli kariah.. masa tu dah malam..takkan nak penggil mesyuarat..aku lebih pentingkan nasib Mangsa, dan anak anak yatim yang kematian kematian ayah dia.. dengar ucapan Pak Maun, Bilal dan tok siak dengar ucapan pengerusi Masjid tu pakat tebuk meja tanda setuju.. ”

Dan AJK Masjid tu tanya.. Kami tak larang bagi Duit Masjid tu pada keluarga mangsa..kami pun faham.. kami yg suruh segerakan.. kami tanya mana pi Resit, Mana pi laporan kewangan… Dah 3 Bulan kebumi mayat, Resit takda.. Laporan Kewangan takda.. Lebih teruk katanya dah 2 Bulan ada anak yang meninggal tu tak dapat bantuan Sekolah seperti dijanjikan..

Jadi Faham tak.. Apa keperluan Sidang Parlimen tu.. Tapi tu lah Gaya Pak Maun ni memang pandai kornar.. Pakai Baju kain ngan Tasbih gaya nak pi Masjid, rupanya berpakat dengan Abu nak pergi menari Twist kat Kelab malam.. 🙂

Ipohmali

Sumber:

COMMENTS