Aafiyah dah mula masuk sekolah, Siti Nurhaliza luah perasaan sebak

Oleh INFORAKYAT

Aafiyah dah mula masuk sekolah, Siti Nurhaliza luah perasaan sebak. Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza hampir menitiskan air mata ketika menghantar anak perempuannya, Siti Aafiyah Khalid ke prasekolah pagi ini.

Siti berkongsi, Aafiyah turut teruja dan bersemangat hendak bersiap ke sekolah. Malah, Aafiyah tidak menangis ketika dihantar ke prasekolah pada hari pertama.

“Alhamdullillah, hari ini adalah hari pertama Aafiyah masuk ke prasekolah. Malam semalam Aafiyah tidur awal, bangun tadi ayah kejutkan dia, kata nak masuk sekolah dia tak ‘cranky’ pun.

“Malah, Aafiyah bersiap cantik dan sempat pose lagi depan ayah dan ibu dengan baju sekolah. Semangat betul dia hendak ke sekolah.

“Subhanallah, sampai sekolah depan pintu kelas, dia terus masuk tak tengok belakang dah. Sehinggakan ayah dan ibu yang panggil minta salam. Ibu nak menangis tapi tahan je,” kongsi Siti.

Aafiyah dah mula masuk sekolah, Siti Nurhaliza luah perasaan sebak

Siti berkongsi pengalaman pertamanya menghantar anak ke prasekolah menerusi hantaran di akaun Instagramnya.

Malah, beliau turut berterima kasih dan meluahkan penghargaan kepada tenaga pengajar yang membantu sesi pembelajaran anaknya.

“Semoga Allah SWT pelihara anak ibu dan Aafiyah menjadi hamba Allah yang terang hati, diberikan kelancaran dapat menuntut ilmu agama, dunia dan akhirat.

“Dalam pada itu, semoga Aafiyah menjadi hamba yang memberi manfaat kepada insan lain. Terima kasih juga kepada cikgu-cikgu kerana membantu Aafiyah,” katanya lagi.

Penyanyi Aku Bidadari Syurgamu ini dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih mesra disapa Datuk K dikurniakan cahaya mata lelaki, Muhammad Afwa yang menjadi pelengkap hidup selepas kelahiran Aafiyah.

BACA:

Ternakan paling besar dan mahal bakal jadi korban raya haji tahun ini

[Video] Buat aksi lucah di Tiktok, kumpulan Dolla dikecam

Demi untuk warisi harta, pelakon terkenal sanggup murtad masuk agama hindu