Kucing sering kali menunjukkan perubahan fizikal dan sikap sebelum menghadapinya perpisahan terakhir.
Walaupun perubahan ini mungkin menandakan suatu penyakit yang boleh dirawat, ia juga boleh menjadi petanda bahawa kucing anda sedang menghampiri penghujung hayat.
Oleh itu, adalah amat penting untuk membawa kucing anda berjumpa doktor haiwan jika anda melihat tanda-tanda ini.
Berikut adalah empat tanda yang mungkin menunjukkan kucing anda sedang menghampiri detik-detik akhir kehidupan:
Hilang Selera Makan Salah satu tanda awal yang sering muncul apabila kucing menghampiri akhir hayat adalah hilangnya selera makan.
Namun, hilang selera makan juga boleh disebabkan oleh pelbagai faktor lain. Jika kucing anda berhenti makan, jangan ragu untuk membawanya ke klinik haiwan untuk pemeriksaan lanjut.
Kurang Aktif Apabila tubuh kucing mula tidak berfungsi seperti biasa, anda mungkin akan melihat penurunan dalam tahap tenaga mereka.
Kesakitan atau ketidakselesaan boleh menyebabkan kucing lebih banyak tidur daripada melakukan aktiviti yang biasanya digemari. Ini adalah petanda bahawa tubuh kucing anda sedang berusaha untuk melawan sesuatu.
Perubahan Sikap Ketika menghampiri penghujung hayat, tingkah laku kucing sering berubah dengan ketara. Sesetengah kucing menjadi lebih manja dan menginginkan lebih perhatian daripada tuannya.
Jika kucing anda yang biasanya agak independen tiba-tiba menjadi lebih penyayang dan ingin sentiasa berada dekat dengan anda, ia mungkin salah satu tanda yang perlu diwaspadai.
Penjagaan Diri yang Berkurangan Kucing biasanya sangat teliti dalam menjaga kebersihan diri, dengan menjilat bulu mereka hampir setiap masa. Namun, apabila kucing mulai berasa tidak sihat atau kehilangan tenaga, ia mungkin berhenti membersihkan diri seperti biasa.
Hasilnya, bulu mereka boleh kelihatan kusam, kotor, atau tidak terurus, dan bagi kucing berbulu lebat, mereka mungkin mengalami bulu yang kusut atau berketul.
Jika anda melihat tanda-tanda ini pada kucing kesayangan anda, segera bawa mereka ke doktor haiwan untuk mendapatkan bantuan profesional. Tindakan awal boleh membantu anda memahami lebih lanjut tentang keadaan mereka dan memberi mereka perhatian yang sewajarnya.
BACA: Pemilik kucing boleh masak ‘wet food’ untuk si bulus, cuma guna 3 bahan mudah