ChatGPT dalang letupan Cybertruck depan Hotel Trump

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Seorang anggota tentera Amerika Syarikat yang dikaitkan dengan insiden peletupan sebuah Tesla di luar Hotel Trump di Las Vegas baru-baru ini

Mereka didakwa merancang serangan dengan menggunakan aplikasi kecerdasan buatan, ChatGPT, lapor agensi Anadolu (AA) yang memetik kenyataan Jabatan Polis Metropolitan Las Vegas.

Syerif Kevin McMahill dalam sidang media baru-baru ini mendedahkan bahawa suspek, Matthew Livelsberger, 37, dari Colorado,

mereka menggunakan chatbot kecerdasan buatan tersebut untuk mengumpul maklumat dan merangka rancangan serangan berkenaan.

Menurut Penolong Syerif Dori Koren, suspek menggunakan ChatGPT untuk mengetahui jumlah bahan letupan yang diperlukan, menyelidik potensi kesan letupan, serta mencari lokasi untuk membeli bahan tersebut.

ChatGPT dalang letupan Cybertruck depan Hotel Trump

Syerif McMahill turut mengulas bahawa walaupun penggunaan ChatGPT dalam kes ini memberi kebimbangan, dia menyedari bahawa kecerdasan buatan (AI) seperti ini sudah pasti akan memberi kesan yang mendalam dalam kehidupan seharian, sama ada cepat atau lambat.

“Kami rasa ini adalah kes pertama di AS di mana ChatGPT digunakan untuk membantu seseorang membina peranti tertentu dan mengakses maklumat di seluruh negara ketika merancang serangan ini. Ini adalah satu peringatan besar buat kita semua,” kata McMahill.

Namun begitu, pihak berkuasa tidak mendedahkan maklumat terperinci mengenai penggunaan ChatGPT dalam mencari bahan letupan atau senjata api. Walaupun begitu, semasa siasatan, pihak berkuasa menemui dokumen enam muka surat yang dianggap sebagai ‘manifesto’ dalam telefon bimbit Livelsberger semasa analisis forensik digital.

“Dokumen itu berisi pelbagai rungutan dan perkembangan rancangan atau niatnya, termasuk kritikan terhadap isu politik, sosial, dan budaya semasa,” kata Koren. “Ia menimbulkan lebih banyak persoalan daripada jawapan.”

Sementara itu, OpenAI, pembangun ChatGPT, masih belum memberikan sebarang komen mengenai penggunaan aplikasinya dalam perancangan serangan tersebut.

BACA: Ini kisah sebenar disebalik video nenek baca yasin di luar dewan SPM