Bagi pencinta kucing, keselesaan dan kebajikan si bulus sentiasa menjadi keutamaan.
Walaupun pemilik kucing sanggup berbelanja besar untuk makanan berkualiti, aksesori, dan penjagaan kesihatan,
ada cara lebih jimat dan kreatif untuk memastikan kucing anda tetap sihat dan gembira.
Salah satu cara terbaik adalah dengan memasak makanan basah (wet food) sendiri di rumah.
Bukan sahaja menjimatkan, tetapi anda juga mempunyai kawalan penuh terhadap bahan-bahan yang digunakan.
Di TikTok, seorang pengguna dengan nama nass88min88 berkongsi tutorial mudah untuk menyediakan makanan kucing menggunakan hanya tiga bahan asas.
Bahan-Bahan:
Isi ayam
Lobak merah
Serbuk agar-agar atau jelly
Cara Penyediaan:
Rebus bahan utama
Rebus isi ayam dan lobak merah hingga lembut. Pastikan air rebusan tidak dibuang kerana ia akan digunakan nanti.
Kisar bahan
Setelah siap direbus, keluarkan isi ayam dan lobak merah. Kisar kedua-duanya hingga halus. Jika suka, carik-carikkan daging ayam terlebih dahulu untuk memudahkan proses kisaran.
Campur semula dengan air rebusan
Masukkan bahan kisar ke dalam periuk berisi air rebusan tadi.
Masak bersama serbuk jelly
Panaskan campuran tersebut hingga menggelegak, kemudian tambahkan serbuk agar-agar atau jelly untuk memberikan tekstur yang lembut.
Sejukkan dan simpan
Tuangkan campuran ke dalam bekas kecil dan biarkan sejuk. Simpan di dalam peti ais untuk digunakan kemudian.
Hidangkan dengan kasih sayang
Sajikan makanan basah ini kepada kucing anda setiap tiga minggu sekali sebagai hidangan istimewa!
Dengan resipi mudah ini, anda bukan sahaja dapat menjimatkan perbelanjaan, tetapi juga memastikan kucing anda menikmati makanan segar dan bebas bahan pengawet.
Selamat mencuba, dan pastikan si bulus kesayangan anda terus sihat dan ceria!
BACA: Bapa anak 1 dilabel pondan kerana pandai memasak, buat kerja rumah…