Urusan rumah tangga seperti menyediakan makanan, mengemas rumah, dan memastikan anak-anak mendapat perhatian dan pendidikan yang sewajarnya sering kali menjadi tanggungjawab utama seorang isteri.
Tidak hairanlah ramai suri rumah mengalami keletihan melampau atau burnout, terutama apabila pasangan hidup bersikap lepas tangan.
Namun, apa yang dialami oleh seorang wanita ini lebih menyakitkan hati. Tidak hanya terpaksa menguruskan segala-galanya sendiri,
Dia juga mendakwa ditipu oleh suaminya, yang berlakon seolah-olah keluar bekerja setiap hari.
Suami Berpura-Pura Keluar Bekerja
Menurut wanita tersebut, setiap pagi suaminya bersiap seperti biasa, membawa bekal yang dia siapkan dengan penuh kasih sayang. Namun, kebenaran terbongkar apabila dia memeriksa lokasi suaminya menggunakan aplikasi Find My.
“Suami kerap menipu pergi kerja, tapi sebenarnya pergi rumah mak mentua atau kawan. Pagi-pagi dia siap-siap macam biasa, tapi tak pergi mana-mana pun. Dia cuma pulang selepas waktu kerja,” luah wanita itu menerusi sebuah grup di Facebook.
Namun kini, aplikasi tersebut telah dimatikan oleh suaminya, membuatkan dia semakin buntu untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.
Ibu Mentua Bersubahat?
Apa yang lebih mengecewakan, ibu mentuanya juga tidak pernah mendedahkan perkara sebenar. “Ibu mentua tak pernah beritahu saya yang suami duduk di rumah dia kalau tak pergi kerja. Saya rasa penat, rasa tertipu. Bangun pagi-pagi siapkan bekal, uruskan anak, hal rumah, tapi dia selfish sangat,” kata ibu kepada seorang anak kecil berusia dua tahun itu.
Protes Senyap Sang Isteri
Merasakan dirinya dipermainkan, wanita ini mengaku sukar untuk berterus terang. Sebaliknya, dia memilih untuk bersikap dingin terhadap suaminya.
“Jenis saya tak pandai nak terus terang. Bila dia buat macam tu, saya dingin saja. Saya cuma berbaik untuk urusan anak, tapi dalam hati rasa nak pendam saja,” tambahnya.
Netizen: “Berterus Terang Adalah Kunci”
Luahan wanita itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Ramai menyarankan agar dia memberanikan diri untuk bersemuka dengan suaminya.
“Kalau tak cakap, suami takkan tahu apa yang salah. Berbincanglah. Kalau betul dia tak bekerja, apa sumber pendapatan keluarga?” komen seorang pengguna.
“Perkahwinan bukan satu pihak saja yang usaha. Kena saling membantu. Simpan lama-lama, masalah jadi lebih besar,” kata seorang lagi.
Luahan ini menjadi peringatan bahawa komunikasi adalah kunci utama dalam menyelesaikan konflik rumah tangga. Jangan biarkan masalah kecil membesar hingga memusnahkan keharmonian keluarga.
BACA: Gempar!! Peguam kerajaan dedah lembaga pengampunan tak bincang tahanan rumah