Anggota kumpulan Riize, Sungchan, yang sering dipuji kerana rupa parasnya yang kacak, kini menjadi perhatian atas sebab yang kurang menyenangkan.
Sikap pengotornya berjaya dirakam oleh peminat, sehingga mencetuskan pelbagai reaksi negatif.
Momen mengejutkan berlaku apabila gelagat Sungchan mengorek lubang hidung di depan orang ramai dirakam dan menjadi tular.
Lebih menjijikkan, dia dilihat mengentel tahi hidung tanpa mempedulikan keadaan sekeliling.
Tidak berhenti di situ, Sungchan juga dirakam menggosok matanya sebelum mengelap tangannya pada sebatang pen, menambah lagi rasa meluat dalam kalangan peminat.
Klip ini telah dikongsikan di forum popular Nate Pann, mengumpul lebih 85,000 tontonan dan ratusan komen kritikan.
Antara komen yang menarik perhatian:
“Dia kacak, tetapi ini sangat menjijikkan. Korek hidung di hadapan umum? Tak patut sama sekali.”
“Susah nak terima tabiat macam ini daripada seseorang yang dikenali ramai.”
Gelagat ini mengundang pelbagai reaksi, dengan ramai peminat menyuarakan rasa kecewa kerana ia dianggap tidak sesuai dilakukan oleh figura awam seperti Sungchan.
Ada yang berharap dia lebih berhati-hati dengan perilakunya di masa hadapan, sementara ada juga yang terus hilang minat.
Sekalipun kecantikan fizikal sering mendapat perhatian, insiden ini mengingatkan kita bahawa tingkah laku juga memainkan peranan besar dalam mengekalkan imej seseorang di mata masyarakat.
BACA; Bukti undang-undang 2 darjat, lelaki ini dipenjara hanya curi sardin