Hasif Upin, atau nama sebenarnya Muhammad Hasif Sharuddin, 33, kini akur dengan kemungkinan rezeki dalam bidang seni
Kerana tidak lagi berpihak kepadanya selepas kemelut berpanjangan dengan syarikat pengurusan yang masih tiada titik noktah.
Biarpun menyimpan impian sejak kecil untuk bergelar penyanyi, Hasif kini sedia kembali ke dunia pencipta kandungan (content creator) yang pernah melonjakkan namanya di media sosial.
“Saya selesa dikenali sebagai penyanyi kerana sejak kecil dunia seni memang menjadi minat saya.
Tetapi, jika rezeki tidak berpihak, saya akan kembali menjadi content creator,” ujar Hasif kepada mStar.
Langkah Bermula Sebagai Content Creator
Sebelum menjadi penyanyi, Hasif cukup dikenali menerusi kandungan jenaka yang meniru gaya watak kartun popular Upin & Ipin. P
opularitinya sebagai content creator membuka ruang untuknya melangkah ke dunia seni pada 2021 selepas bernaung di bawah syarikat pengurusan Armani Entertainment.
Namun, segalanya berubah apabila Hasif mendakwa pihak pengurusan gagal mempromosikan kerjaya seninya dengan baik, menyebabkan dia kurang mendapat tawaran kerja. Situasi itu turut memberi impak kepada kewangan sehingga Hasif terpaksa mencari alternatif baharu untuk meneruskan hidup.
Langkah Baharu Dalam Perniagaan
Kini, Hasif mengambil langkah memulakan perniagaan dengan menjual produk makanan bersama dua rakan kongsi. Bermodalkan anggaran RM20,000, dia nekad meneroka bidang ini demi menampung perbelanjaan harian.
“Duit simpanan yang saya ada dulu banyak digunakan untuk membina kerjaya sebagai penyanyi. Sekarang, saya kongsi modal dengan rakan-rakan untuk mulakan perniagaan ini,” jelasnya.
Sokongan Selebriti, Permulaan Positif
Bermula Disember tahun lalu, perniagaan Hasif mendapat sambutan menggalakkan, termasuk daripada selebriti terkenal seperti Fattah Amin yang membeli 500 pek sambal sebelum produk itu dilancarkan secara rasmi.
“Setakat ini, perniagaan masih belum pulang modal, tetapi saya bersyukur kerana sambutan amat baik.
Saya anggap ini permulaan yang positif untuk terus maju,” katanya dengan nada penuh syukur.
Walaupun cabaran dunia seni tidak memihak, Hasif kekal optimis dengan laluan baharu yang diterokanya. Bagi Hasif, rezeki datang dalam pelbagai bentuk, dan usaha yang berterusan adalah kunci utama kejayaan.
BACA: Masuk rumah dah terhidu bau gas, jangan sesekali petik suis lampu ini sebabnya