Orang Asli kongsi ilmu masuk hutan, geng ‘camping’ wajib tahu

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Aktiviti perkhemahan di hutan semakin menjadi pilihan untuk ‘healing’ dan mencari ketenangan, terutama dalam kalangan golongan muda.

Namun, pengalaman ini memerlukan ilmu dan persiapan. Jika tersilap langkah, situasi seperti berhadapan dengan haiwan berbisa atau makhluk liar boleh bertukar menjadi tragedi.

Berikut adalah beberapa petua penting yang telah diamalkan oleh masyarakat Orang Asli untuk memastikan keselamatan ketika berada di dalam hutan:

1. Ular Tedung

Jika anda terserempak dengan ular tedung, stay calm! Jangan buat pergerakan mengejut. Sebaliknya, berhenti dan undur perlahan-lahan.

Orang Asli kongsi ilmu masuk hutan, geng ‘camping’ wajib tahu

Fakta menarik: Ular tedung tidak mematuk ketika kepalanya sedang kembang penuh. Ia lebih cenderung menyerang apabila kepalanya kembang separuh.
Tip: Guna ranting kayu untuk mengacah agar ular itu kembang penuh, kemudian undur perlahan-lahan.
2. Harimau
Ketenangan hutan boleh berubah menjadi tanda bahaya. Jika anda tiba-tiba mendapati hutan menjadi sunyi sepi, diikuti dengan bau hamis, berhati-hatilah—mungkin ada harimau atau beruang berhampiran.

Tip Orang Asli: Bakar mercun bola untuk menakutkan haiwan tersebut dan segera tinggalkan kawasan itu.
3. Beruang Madu
Beruang madu sering ditemui di hutan paya. Jika anda bertembung dengan haiwan ini, jangan panik.

Apa yang perlu dibuat: Jerit dengan kuat dan buat aksi seperti mahu mengejar. Taktik ini biasanya berkesan untuk menakutkan mereka.

4. Makanan

Makanan yang dimasak seperti ikan atau ayam bakar mesti dihabiskan. Jika ada lebihan, tanam atau hanyutkan ke sungai.

Kenapa penting? Sisa makanan boleh menarik haiwan seperti beruang, kera, atau gajah ke tapak perkhemahan anda.

5. Air Minuman

Untuk memastikan air yang dimasak selamat diminum, ambil air dari kawasan tengah sungai atau tempat yang berarus deras.

Bahaya: Haiwan seperti tikus cenderung kencing di tepi sungai, yang boleh mencemari air dan menyebarkan penyakit.

Kesimpulan

Ilmu seperti ini bukan sahaja menjadikan perkhemahan lebih selamat tetapi juga menambah pengalaman bermakna.

Pastikan anda mempelajari asas ini sebelum meneroka hutan dan menghormati alam sekitar

BACA: Pengantin batal majlis kawin,tak tahan ibu rembat wang hantaran bayar hutang, duit ‘salam kaut’ pun jadi sasaran