Ramai tak tahu udang boleh buat kita hilang jari, ini virus yang ada pada udang

Oleh AHMAD SULAIMAN

Makanan laut seperti udang, ketam, dan hasil laut lain sememangnya menjadi hidangan kegemaran ramai. H

idangan berasaskan makanan laut sering menjadi pilihan utama di meja makan, dan ia boleh dimasak dengan pelbagai cara seperti masak lemak, kari, sambal, dan banyak lagi.

Namun, di sebalik keenakannya, proses menyiang makanan laut memerlukan perhatian dan langkah berjaga-jaga.

Selain risiko kecederaan, terdapat ancaman serius daripada bakteria berbahaya yang perlu diberi perhatian.

Apa Itu Bakteria “Vibrio vulnificus”?

Ramai tak tahu udang boleh buat kita hilang jari, ini virus yang ada pada udang

Bakteria Vibrio vulnificus atau dikenali sebagai “Bakteria Pemakan Daging” sering ditemui dalam haiwan laut. I

a boleh memasuki tubuh manusia melalui luka terbuka ketika menyiang makanan laut.

Jika tidak dirawat segera, bakteria ini boleh menyebabkan luka menjadi meradang, diiringi dengan gejala serius yang lain.

Menurut Cleveland Clinic, bakteria ini boleh tersebar melalui dua cara:

Makanan Laut Mentah atau Tidak Masak Sempurna

Memakan makanan laut yang tidak dimasak sepenuhnya boleh membawa kepada jangkitan.

Luka Terbuka Semasa Menyiang

Bakteria boleh memasuki tubuh melalui luka kecil ketika memegang makanan laut mentah.

Gejala Jangkitan “Vibrio vulnificus”

Jangkitan bakteria ini boleh menunjukkan gejala dalam tempoh kurang dari 24 jam selepas terdedah. Antara gejala yang perlu diberi perhatian ialah:
Demam dan menggigil

Kemerahan atau ruam yang cepat bengkak dan menyakitkan

Lepuh besar berisi cecair

Mual, muntah, dan cirit-birit

Pening, kelemahan badan, atau tekanan darah rendah

Denyutan jantung yang cepat

Kekeliruan atau perubahan mental

Selain itu, bakteria ini juga boleh menyebabkan gastroenteritis yang melibatkan masalah pencernaan seperti muntah dan cirit-birit.

Faktor Risiko Jangkitan

Beberapa individu lebih berisiko dijangkiti bakteria ini, termasuk:
Penghidap Penyakit Hati Kronik
Pesakit dengan masalah hati seperti sirosis lebih mudah terkena jangkitan serius.
Sistem Imun Lemah
Mereka yang menghidap kanser, diabetes tidak terkawal, atau sedang menjalani rawatan imunosupresif lebih terdedah kepada jangkitan.
Penggemar Makanan Laut Mentah
Mereka yang gemar memakan makanan laut mentah juga berisiko tinggi kerana bakteria ini sering ditemui di perairan tercemar.

Rawatan untuk Jangkitan “Vibrio vulnificus”

Jangkitan ini boleh dirawat dengan antibiotik, terutama jika dikesan awal. Namun, dalam kes yang lebih serius, rawatan berikut mungkin diperlukan:

*Pembedahan Debridement*: Membersihkan tisu mati dari luka untuk mengelakkan penyebaran jangkitan.

*Mengalirkan Cecair Lepuh*: Langkah ini mengurangkan tekanan dan mencegah jangkitan lebih teruk.

*Amputasi*: Dalam kes kritikal, anggota badan mungkin perlu dipotong untuk menghentikan penyebaran bakteria.

*Rawatan Tekanan Darah Rendah*: Ubat norepinephrine digunakan untuk merawat kejutan akibat sepsis.

*Cecair Intravena*: Membantu mengatasi dehidrasi dan menstabilkan tekanan darah.

*Terapi Oksigen*: Untuk kes kekurangan oksigen atau kegagalan pernafasan.

Langkah Pencegahan

Bagi mengelakkan risiko jangkitan:

Gunakan sarung tangan ketika menyiang makanan laut.

Cuci tangan dan peralatan dengan bersih selepas mengendalikan makanan laut.

Pastikan makanan laut dimasak sepenuhnya sebelum dimakan.

Jangan abaikan langkah keselamatan ketika menangani makanan laut.

Dengan bertindak pantas jika mengalami gejala jangkitan, anda dapat mencegah kesan buruk bakteria Vibrio vulnificus dan menikmati makanan laut dengan selamat.

BACA” Datuk Seri Siti Nurhaliza menginap di hotel mewah Dubai RM30K satu malam!