Seorang pemilik kedai telefon yang dikenali sebagai Boss Lee menyentuh hati netizen apabila berkongsi kisah warga emas yang datang ke kedainya.
Kisah ini tular selepas Boss Lee memuat naik video di TikTok.
Menurut Boss Lee, warga emas tersebut terpaksa menjual telefonnya untuk mendapatkan wang bagi rawatan luka di kakinya akibat diabetes.
“Hari ini, saya berhadapan dengan satu kejadian yang sangat menyentuh hati. Seorang pelanggan datang ke kedai saya membawa telefon untuk dijual.
Selepas ditanya, barulah saya tahu dia ingin menjual telefon itu untuk membiayai rawatan kakinya yang luka teruk akibat diabetes,” kongsi Boss Lee.
Tersentuh dengan situasi tersebut, Boss Lee meminta warga emas itu menyimpan telefonnya dan memberikan sejumlah wang untuk rawatan tanpa meminta balasan.
“Saya beritahu dia, jika menghadapi kesulitan, boleh datang ke kedai saya atau hubungi saya pada bila-bila masa,” tambahnya.
@bosslee_oeHari ini, saya mengalami satu kejadian yang sangat menyentuh hati. Seorang pelanggan datang ke kedai saya dengan membawa Xiaomi 13 untuk dijual. Selepas bertanya, barulah saya tahu bahawa dia ingin menjual telefonnya untuk mendapatkan wang bagi merawat kakinya. Kakinya mengalami luka yang teruk akibat diabetes, dan dia tidak ada pilihan lain selain menjual telefonnya untuk mendapatkan rawatan. Apabila mendengar kisahnya, air mata saya hampir mengalir. Akhirnya, saya berkata kepadanya, “Jangan jual telefon awak. Saya akan beri awak wang untuk merawat kaki awak.” Pada saat itu, dia menangis teresak-esak mendengar apa yang saya katakan. Saya juga memberitahunya bahawa jika dia menghadapi kesulitan, dia boleh datang ke kedai saya atau hubungi saya bila-bila masa. Sebenarnya, masih ramai orang di luar sana yang memerlukan bantuan. Saya hanya mampu membantu setakat kemampuan saya. Semoga sahabat ini diberi kesembuhan dan kesejahteraan.
Boss Lee juga mendoakan agar individu tersebut segera sembuh daripada penyakit yang dialaminya.
“Terima kasih, Boss!”
Di ruangan komen, netizen memuji tindakan mulia Boss Lee, seorang individu berbangsa Cina, yang membantu warga emas tersebut tanpa mengira perbezaan kaum.
Ramai yang turut mendoakan kejayaan perniagaan Boss Lee dan berharap lebih ramai individu sepertinya.
BACA: ‘Malaysia negara pelik, segan martabat bahasa melayu’ – KP DBP